BBM 3212 Unit 2 Kuliah 2 dan 3 Pemahaman Teori Semantik LMS

Unit 2 Kuliah 2 dan 3 Teori Semantik Prof.Madya Dr Zaitul Azma binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa...

0 downloads 206 Views 717KB Size
Unit 2 Kuliah 2 dan 3 Teori Semantik Prof.Madya Dr Zaitul Azma binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

Pengenalan Terdapat pelbagai teori yang digunakan untuk menghuraikan makna seobjektif yang mungkin.  Antara teori yang pernah dikemukakan ialah teori tanda, teori segi tiga semiotik, teori imej, teori behaviurisme, teori analisis komponen dan teori logik simbolik. 

Teori Tanda de Saussure (1916 

  





Konsep semiotik diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure melalui dikotomi sistem tanda: signified dan signifier atau signifie dan significant . Petanda (signifie) adalah gambaran mental, fikiran, atau konsep. Penanda (signifiant) adalah “bunyi yang bermakna” atau “coretan yang bermakna”. Konsep ini melihat bahawa makna muncul ketika ada hubungan yang bersifat asosiasi antara „yang ditandai‟ (signified) dan „yang menandai‟ (signifier). Tanda adalah kesatuan daripada suatu bentuk penanda (signifier) dengan sebuah ide atau petanda (signified). Dengan kata lain, penanda adalah aspek material daripada bahasa iaitu apa-apa yang dikatakan atau didengar dan apa yang ditulis atau dibaca. Jadi, petanda adalah aspek mental daripada bahasa (Bertens, 2001:180).

TEORI SEGI TIGA SEMIOTIK  

Teori Segitiga Semiotik dipelopori oleh Richard & Ogden. Berdasarkan teori ini, satu leksikal itu telah dipecahkan kepada tiga unsur atau entiti yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Ketiga-tiga unsur tersebut ialah lambang atau bentuk kata, rujukan, dan konsep, seperti dalam rajah di bawah:







Konsep atau fikiran mempunyai hubungan secara langsung (direct relationship) dengan kedua-dua unsur yang lain iaitu bentuk kata (lambang) dan benda (referen). Bentuk kata (lambang) mempunyai hubungan yang tidak langsung (indirect relationship) dengan rujukan iaitu (benda) Justeru itu, perhubungan antara keduanya ditandai dengan garis yang putus.

Teori „Segi tiga semiotik‟ Ogden dan Richards (1949)

Fikiran

__ __ __ __ __ _ Simbol (Perkataan)

Rujukan (Benda atau Perkara)

Teori Semantik 

Pengertian makna Wittgenstein dalam bukunya, ‘Philosophical Investigations’(1953): Sesuatu kata dilihat dengan memerhatikan sesuatu yang dilakukan oleh manusia dengan kata itu: bukan apa yang dikatakan oleh manusia tentang perkara itu (the true meaning of a word is to be found by observing what a man does with it: not what he says about it).

Teori-teori dalam Kajian Semantik TEORI IMEJ 



Mengikut teori ini makna dapat dihuraikan berdasarkan gambaran atau imej yang ada dalam fikiran seseorang. Maksudnya, apabila sesuatu perkataan itu disebut, didengar atau dibaca oleh seseorang maka mental atau fikirannya akan menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan makna atau maksud perkataan ini. Tegasnya, fikiran akan memberikan tafsiran tertentu (secara abstrak) terhadap perkataan tadi. Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang digunakan secara meluas oleh pengkaji linguistik tradisional.

 





Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori ini a. kita tidak dapat mengetahui dan menentukan apakah bentuk imej yang ada dalam gambaran atau pemikiran seseorang. B. tiada sesiapa yang dapat menerokai otak manusia dan dapat meneropong dengan jelas gambaran dan imaginasi yang wujud dalam alam pemikiran seseorang semasa ia mentafsir makna bagi sesuatu perkataan. c. imej yang muncul dalam otak seseorang itu tidak dapat ditunjukkan oleh gambar atau lambang yang nyata dan objektif.

 

 

Gambaran itu berbagai-bagai, terlalu abstrak dan relatif pula keadaannya. Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai rajah segi tiga. Imej rajah segi tiga itu sendiri ada dalam pelbagai bentuknya. Bagi A mungkin rajah segi tiga itu berupa , bagi B pula mungkin berupa ., bagi C, bentuk segi tiga itu mungkin ialah , bagi D pula bentuk itu berupa  dan sebagainya. Dengan demikian, tidak ada satu penyelesaian yang khusus yang dapat kita buat mengenai gambaran sebenar yang wujud dalam fikiran seseorang mengenai makna sesuatu perkataan yang digambarkannya.



Satu lagi contoh, adalah mengenai tafsiran atau imej yang berlainan terhadap gambaran sesuatu keadaan, misalnya keadaan "seorang kanak-kanak yang lapar". Keadaan ini menimbulkan imej yang berlainan bagi orang yang berlainan.



Salah satu imej yang mungkin ditimbulkan ialah "keadaan kanak-kanak yang sedang menangis" (menangis merupakan cara menyatakan rasa lapar). satu lagi imej mungkin menunjukkan "keadaan kanakkanak itu menyuapkan sesuatu ke dalam mulutnya". Kedua-dua imej ini berlainan tetapi ditujukan kepada satu keadaan sama, iaitu yang dimanifestasikan oleh gabungan perkataan "seorang kanak-kanak yang lapar".

 

Rumusan 

Bentuk imej yang wujud dalam fikiran seseorang apabila dia mentafsir makna sesuatu perkataan itu biasanya ada hubungan dengan pengalamannya.



Seseorang yang pernah mengalami pengalaman yang pahit dengan gurunya mungkin mengimaginasikan "guru" sebagai seorang yang bengis, garang, tidak bertimbang rasa, dan sebagainya tetapi bagi seorang yang lain, yang pernah mengalami peristiwa manis yang tidak dapat dilupakan bersama-sama gurunya mungkin membayangkan "guru" sebagai seorang yang lembut, penyayang dan pengajar yang baik. Jadi, perkataan 'guru' membawa imej yang berbeza sama sekali kepada dua orang yang berlainan.

TEORI BEHAVIURISME 

Mengikut teori behaviurisme, makna bagi sesuatu perkataan atau ayat mestilah ditinjau berdasarkan rangsangan dan gerak balas yang menyebabkan timbulnya sesuatu ujaran itu. la merangkumi aspekaspek biologis yang dialami oleh penutur semasa dia mengujarkan sesuatu ayat atau perkataan.



Golongan behaviuris mengemukakan teori ini kerana mereka beranggapan bahawa bahasa wujud hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas sebagaimana juga dengan perlakuan manusia lain, seperti makan, berjalan, tidur, senyum, dan sebagainya. Setiap rangsangan dan gerak balas serta proses biologi yang dialami oleh seseorang semasa bercakap mestilah dianalisis secara saintifik supaya makna ujarannya dapat ditaksirkan dengan jelas, tepat dan menyeluruh.



Sebagai contoh, ujaran "Perut saya lapar" merupakan gerak balas kepada suatu rangsangan yang wujud secara proses biologi di dalam perut penutur. Penutur berkemungkinan, telah agak lama tidak mengambil sebarang makanan untuk dimakannya, menyebabkan keluarnya enzim di dalam perutnya dan akibatnya timbullah rasa lapar. Rasa lapar ini menjadi rangsangan baginya untuk mengujarkan ayat "Perut saya lapar".

Rumusan 

Teori behaviurisme juga mempunyai kelemahan. Teori ini tidak dapat menghuraikan setiap ujaran dengan begitu lengkap, menyeluruh dan saintifik..



Apa yang berlaku dalam pemikiran dan sistem saraf otak penutur tidak dapat dilihat dengan jelas dan tidak ada mesin yang dapat merakamkan seluruh proses yang berlaku pada otak dan proses biologi seseorang semasa dia bertutur. Dengan demikian teori ini amat sukar untuk dipraktikkan.





teori ini juga tidak dapat menghuraikan makna bagi perkataan-perkataan yang mempunyai fungsi tertentu dalam tatabahasa, misalnya tidak dapat menjelaskan makna kata hubung seperti "dan", "tetapi", "kerana", dan lain-lain, makna perkataan-perkataan yang berupa konsep seperti "ketuhanan", "segi tiga", "geometri", "meja", "rumah", dan lain-lain lagi yang pada dasarnya boleh ditakrifkan secara tersendiri, tidak dapat diaplikasikan huraian maknanya mengikut teori ini.

TEORI ANALISIS KOMPONEN 

Teori ini ditimbulkan berdasarkan kaedah yang digunakan oleh ahli-ahli antropologi dalam menentukan istilah-istilah yang menunjukkan hubungan kekeluargaan.



Misalnya istilah "bapa" dan "datuk" dapat dijelaskan dengan menganalisis dan mempertentangkan komponen yang berkaitan dengannya misalnya "bapa" adalah "lelaki", "anak kepada ..." dan "ayah kepada..." manakala "datuk" adalah juga "lelaki", "ayah kepada ..." dan juga "anak kepada …”.



Kaedah ini boleh diaplikasikan untuk menghuraikan atau menjelaskan makna perkataan.



Contoh dalam bahasa Inggeris misalnya, perkataan murder dan kill dapat dibezakan melalui cara ini, dalam mana komponen yang dapat menjelaskan makna murder ialah intension, causation dan death, manakala menjelaskan maksud "kill" hanyalah causation dan death.



Dalam bahasa Melayu konsep "sengaja" dan "tidak sengaja" seperti yang nyata daripada contoh perkataan di atas dapat dibezakan oleh penggunaan imbuhan, iaitu imbuhan "ter-" dan "me-". Dengan demikian konsep ini dapat difahami dengan lebih mudah.



mengikut teori analisis komponen, makna bagi sesuatu perkataan dianalisis sebagai suatu hubungan komponen-komponen yang kompleks.



Komponen itu dinamakan sebagai komponen semantik yang terdiri daripada kosa kata atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa yang diikat secara logik dan tetap (logical constant). Teori ini cuba menghuraikan makna sesuatu perkataan secara terperinci dan memasukkan sama unsur-unsur pertentangannya.

Contoh 

 



Perkataan 'teruna' dapat dijelaskan maknanya dengan memperlihatkan komponen-komponen semantiknya, iaitu "manusia", “dewasa", "lelaki", "belum berkahwin". „Kanak-kanak‟ pula ditakrifkan sebagai "manusia", "lelaki" atau "perempuan", "bukan dewasa". "ibu" pula diberi pengertian berdasarkan komponen, "manusia", "perempuan", "berkahwin" dan "mempunyai anak". Demikianlah caranya perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa ditakrifkan mengikut teori ini.

Kelemahan Teori 

Hanya menganalisis makna pada peringkat perkataan, tidak menganalisis makna pada peringkat ayat.



Contoh a. Mereka sedang bergaduh. Mereka tidak berkelahi



Sukar untuk memilih dan menentukan komponenkomponen semantik yang khusus dan tepat untuk menghuraikan makna sesuatu perkataan.



Misalnya makna "teruna", "dara", "kanak-kanak" dan "ibu", satu daripada komponennya ialah manusia dan perkataan "manusia" ini merangkumi "benda-benda" yang disebutkan sebagai teruna, dara, kanak-kanak dan ibu.

Rumusan 

Satu masalah yang timbul di sini adalah bahawa perkataan yang merupakan komponen semantik bagi menghuraikan makna sesuatu perkataan itu mempunyai makna yang tersendiri yang perlu pula dihuraikan.

TEORI LOGIK SIMBOLIK 

Menghuraikan makna bukan sahaja pada peringkat perkataan malah juga pada peringkat ayat dan perlakuan manusia, sebagai reaksi kepada tanggapan yang diterima oleh mereka mengenai sesuatu perkataan.



Teori logik simbolik ini membahagikan kajian makna kepada tiga bahagian iaitu semantik, sintaktik dan pragmatik.



Semantik dimaksudkan kepada kajian mengenai hubungan antara simbol dengan rujukan (reference) atau boleh juga dikatakan hubungan antara perkataan dengan benda. Rujukan atau benda biasanya dirujuk kepada kumpulan benda-benda yang ada persamaannya.



Sebagai contoh, perkataan "manusia" dirujuk kepada makhluk yang bernyawa, mempunyai akal dan sifat-sifat yang berbeza daripada binatang. "Manusia" juga meliputi golongan orang lelaki, perempuan, kanak-kanak, tua, dan muda. Mereka dikelompokkan sebagai manusia kerana sifat mereka yang mempunyai persamaan.

nktik 

Sintaktik - mengkaji hubungan antara satu perkataan dengan perkataan lainnya yang boleh menentukan makna. Hubungan itu dapat dilihat pada konteks yang lebih besar, misalnya dalam ayat atau frasa. Sebagai contoh, perkataan "orang" dan "besar" apabila wujud berurutan boleh menghasilkan dua makna, iaitu "orang besar"  " orang yang saiznya besar " dan  "orang yang berpangkat tinggi".



Begitu juga dengan urutan kata "makan" dan "hati", boleh membawa pengertian "makan hati" (makan hati lembu, ayam, dan lain-lain) atau "makan hati" dengan maksud "merana".



Ayat "anak abang saya yang sulung" pula boleh bermaksud "anak sulung abang saya" atau "anak kepada abang sulung saya". Ayat "adik cikgu yang comel" boleh membawa maksud "adik cikgu itu yang comel" atau "adik kepada cikgu yang comel".



Makna yang agak kabur ini boleh dijelaskan melalui kajian sintaktik.

Bidang Pragmatik 

Mengkaji hubungan antara simbol atau perkataan dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang sebagai reaksi kepada perkataan yang ditujukan kepadanya.



Reaksi yang pelbagai bergantung kepada tanggapan seseorang. Perkataan "saya", "aku", "patik", "beta“ misalnya, walaupun dirujuk kepada benda atau perkara yang sama, iaitu "rujukan kepada orang pertama tunggal", boleh membawa reaksi yang pelbagai.



Kelebihan Pragmatik 

Pendekatan kepada penghuraian makna berdasarkan teori ini agak berkesan dibandingkan dengan teori-teori yang sebelumnya kerana teori ini mempertimbangkan sama ciri-ciri suasana (konteks) dan perlakuan yang mengiringi sesuatu ujaran.



Makna yang ditinjau berdasarkan konteks, biasanya lebih tepat kerana konteks merupakan aspek yang terpenting dalam penentuan makna bagi sesuatu ujaran.