BBM 3206 Unit 3 Kuliah 1 dan 2 Pemahaman Teori Semantik

Pengenalan Prof.Madya Dr Zaitul Azma binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UP...

56 downloads 185 Views 460KB Size
Pengenalan

Prof.Madya Dr Zaitul Azma binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

zazh/upm

1

  

 

Konsep semiotik diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure melalui dikotomi sistem tanda: signified dan signifier atau signifie dan signifiant . Petanda (signifie) adalah gambaran mental, fikiran, atau konsep. Penanda (signifiant) adalah “bunyi yang bermakna” atau “coretan yang bermakna”. Konsep ini melihat bahawa makna muncul ketika ada hubungan yang bersifat asosiasi antara „yang ditandai‟ (signified) dan „yang menandai‟ (signifier). Tanda adalah kesatuan daripada suatu bentuk penanda (signifier) dengan sebuah ide atau petanda (signified). Dengan kata lain, penanda adalah aspek material daripada bahasa iaitu apa-apa yang dikatakan atau didengar dan apa-apa yang ditulis atau dibaca. Jadi, petanda adalah aspek mental daripada bahasa (Bertens, 2001:180). zazh/upm

zazh/upm

2

TEORI SEGITIGA SEMIOTIK

Teori Tanda de Saussure (1916) 

Terdapat pelbagai teori yang digunakan untuk menghuraikan makna seobjektif yang mungkin.  Antara teori yang pernah dikemukakan ialah teori tanda, teori segi tiga semiotik, teori imej, teori behaviorisme, teori analisis komponen dan teori logik simbolik. 

Unit 3 Kuliah 1 dan 2 Teori Semantik

3

 

Teori Segitiga Semiotik dipelopori oleh Richard & Ogden. Berdasarkan kepada teori ini, satu leksikal itu telah dipecahkan kepada tiga unsur atau entiti yang berhubungan antara satu dengan yang lain iaitu lambang atau bentuk kata, rujukan, dan konsep.

zazh/upm

4

1





Teori „Segi tiga semiotik‟ Ogden dan Richards (1949)

Konsep atau fikiran mempunyai hubungan secara langsung (direct relationship) dengan kedua-dua unsur yang lain iaitu bentuk kata (lambang) dan benda (referen). Bentuk kata iaitu lambang/perkataan dan benda/referen mempunyai hubungan yang tidak langsung (indirect relationship (Palmer, 1981: 24). Justeru itu, perhubungan antara keduaduanya ditandai dengan garis yang putus.

Fikiran

__ __ __ __ __ _ Simbol (Perkataan)

Rujukan (Benda atau Perkara)

zazh/upm

5



Teori-teori dalam Kajian Semantik



TEORI IMEJ  



zazh/upm



Makna dapat dihuraikan berdasarkan gambaran atau imej yang ada dalam fikiran seseorang. Maksudnya, apabila sesuatu perkataan itu disebut, didengar atau dibaca oleh seseorang maka mental atau fikirannya akan menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan makna atau maksud perkataan ini. Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang digunakan secara meluas oleh pengkaji linguistik tradisional.

zazh/upm

7



6

Satu masalah yang nyata – dalam mentafsir makna perkataan, kita tidak dapat mengetahui dan menentukan apakah bentuk imej yang ada dalam gambaran atau pemikiran seseorang. Tiada sesiapa dapat menerokai otak manusia atau meneropong dengan jelas gambaran dan imaginasi yang wujud dalam alam pemikiran seseorang semasa ia mentafsir makna bagi sesuatu perkataan. Tegasnya, imej yang muncul dalam otak seseorang itu tidak dapat ditunjukkan oleh gambar atau lambang yang nyata dan objektif.

zazh/upm

8

2

      

Satu contoh ialah mengenai rajah segi tiga. Sukar menentukan imej rajah segi tiga kerana rajah segi tiga itu sendiri pelbagai bentuknya. Bagi A mungkin rajah segi tiga itu berupa , bagi B pula mungkin berupa ., bagi C, bentuk segi tiga itu mungkin ialah , bagi D pula bentuk itu berupa  dan sebagainya. tidak ada satu penyelesaian yang khusus mengenai gambaran sebenar yang wujud dalam fikiran seseorang mengenai makna sesuatu perkataan yang digambarkannya.

zazh/upm

    

9

Satu lagi contoh, tafsiran atau imej terhadap gambaran sesuatu keadaan, Misalnya "seorang kanak-kanak yang lapar". Salah satu imej - keadaan kanak-kanak yang sedang menangis. satu lagi imej - keadaan kanak-kanak itu menyuapkan sesuatu ke dalam mulutnya". Kedua-dua imej ini berlainan tetapi ditujukan kepada satu keadaan sama, iaitu "seorang kanak-kanak yang lapar".

zazh/upm

Rumusan

10

TEORI BEHAVIORISME



Bentuk imej yang wujud dalam fikiran seseorang apabila dia mentafsir makna sesuatu perkataan itu biasanya ada hubungan dengan pengalamannya.



Seseorang yang pernah mengalami pengalaman yang pahit pada zaman perang II dengan Jepun mungkin mengimaginasikan “Jepun " sebagai bangsa yang kejam, bengis, garang, tidak bertimbang rasa, dan sebagainya, tetapi bagi seorang yang lain, yang pernah mengalami peristiwa manis yang tidak dapat dilupakan bersama-sama bangsa Jepun mungkin membayangkan “bangsa Jepun " sebagai seorang yang rajin, pembersih dan bangsa yang maju. zazh/upm

11



Mengikut teori behaviorisme, makna bagi sesuatu perkataan atau ayat mestilah ditinjau berdasarkan rangsangan dan gerak balas yang menyebabkan timbulnya sesuatu ujaran itu. la merangkumi aspek-aspek biologis yang dialami oleh penutur semasa dia mengujarkan sesuatu ayat atau perkataan.



Golongan behavioris mengemukakan teori ini kerana mereka beranggapan bahawa bahasa wujud hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas sebagaimana juga dengan perlakuan manusia lain. Misalnya “dia tersenyum apabila membaca mesej” dan sebagainya. Setiap rangsangan dan gerak balas serta proses biologi yang dialami oleh seseorang semasa bercakap mestilah dianalisis secara saintifik supaya makna ujarannya dapat ditaksirkan dengan jelas, tepat dan menyeluruh.



zazh/upm

12

3



 

Contoh lain : ujaran "Perut saya lapar" merupakan gerak balas kepada suatu rangsangan yang wujud secara proses biologi di dalam perut penutur. Penutur berkemungkinan telah agak lama tidak mengambil sebarang makanan. Makanan yang terhidang kelihatan menyelerakan, menyebabkan keluarnya enzim di dalam perutnya dan timbullah rasa lapar.

Kesimpulan  



zazh/upm





13

2. tidak dapat menghuraikan makna bagi perkataanperkataan yang mempunyai fungsi tertentu dalam tatabahasa, misalnya tidak dapat menjelaskan makna kata hubung seperti "dan", "tetapi", "kerana", dan lainlain, 3. perkataan-perkataan yang berupa konsep seperti "ketuhanan", "segi tiga", "geometri", "meja", "rumah", dan lain-lain lagi yang pada dasarnya boleh ditakrifkan secara tersendiri, tidak dapat diaplikasikan huraian maknanya mengikut teori ini.

zazh/upm

15

teori behaviorisme juga mempunyai kelemahan. 1. tidak dapat menghuraikan setiap ujaran dengan begitu lengkap, menyeluruh dan saintifik oleh sebab mekanisme yang mengolah sesuatu ujaran itu terlalu kompleks dan kita tidak berupaya membuat penghuraian yang tepat mengenainya. Apa-apa yang berlaku dalam pemikiran dan sistem saraf otak penutur tidak dapat dilihat dengan jelas dan tidak ada mesin yang dapat merakamkan seluruh proses yang berlaku pada otak dan proses biologi seseorang semasa dia bertutur. Dengan demikian teori ini amat sukar untuk dipraktikkan.

zazh/upm

14

TEORI ANALISIS KOMPONEN 

Teori ini ditimbulkan berdasarkan kaedah yang digunakan oleh ahli-ahli antropologi dalam menentukan istilah-istilah yang menunjukkan hubungan kekeluargaan.



Misalnya istilah "bapa" dan "datuk" dapat dijelaskan dengan menganalisis dan mempertentangkan komponen yang berkaitan dengannya misalnya "bapa" adalah "lelaki", "anak kepada ..." dan "ayah kepada..." manakala "datuk" adalah juga "lelaki", "ayah kepada ..." dan juga "anak kepada …”. zazh/upm

16

4



Kaedah ini kemudiannya disedari boleh diaplikasikan untuk menghuraikan atau menjelaskan makna perkataan.



Dalam bahasa Inggeris misalnya, perkataan murder dan kill dapat dibezakan melalui cara ini, dalam mana komponen yang dapat menjelaskan makna murder ialah intension, causation dan death, manakala maksud "kill" hanyalah causation dan death.



Dalam bahasa Melayu konsep "sengaja" dan "tidak sengaja“ dapat dibezakan oleh penggunaan imbuhan, iaitu imbuhan "ter-" dan "me-".



mengikut teori analisis komponen, makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis sebagai satu unit tetapi sebagai suatu hubungan komponen-komponen yang kompleks.



Komponen itu dinamakan sebagai komponen semantik yang terdiri daripada kosa kata atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa yang diikat secara logik dan tetap (logical constant). menghuraikan makna sesuatu perkataan secara terperinci dan memasukkan sama unsur-unsur pertentangannya.



zazh/upm

17

Contoh 

 

18

Kelemahan Teori

Perkataan 'teruna' dijelaskan maknanya melalui komponen semantiknya, iaitu "manusia", "dewasa", "lelaki", "belum berkahwin". "Kanak-kanak" dijelaskan sebagai "manusia", "lelaki" atau "perempuan", "bukan dewasa". “emak/ibu" pula diberi pengertian berdasarkan komponen, "manusia", "perempuan", "berkahwin" dan "mempunyai anak".

zazh/upm

zazh/upm

19



Hanya menganalisis makna pada peringkat perkataan, tidak menganalisis makna pada peringkat ayat.



Contoh a. Mereka sedang bergaduh. Mereka tidak berkelahi



Sukar untuk memilih dan menentukan komponenkomponen semantik yang khusus dan tepat untuk menghuraikan makna sesuatu perkataan.

zazh/upm

20

5

TEORI LOGIK SIMBOLIK

Rumusan 

Satu masalah adalah bahawa perkataan yang merupakan komponen semantik bagi menghuraikan makna sesuatu perkataan itu mempunyai makna yang tersendiri yang perlu pula dihuraikan.

zazh/upm





Menghuraikan makna pada peringkat perkataan, pada peringkat ayat dan perlakuan manusia, sebagai reaksi kepada tanggapan yang diterima oleh mereka mengenai sesuatu perkataan.



Teori logik simbolik ini membahagikan kajian makna kepada tiga bahagian iaitu semantik, sintaktik dan pragmatik.

21

Semantik 



zazh/upm

22

Sintaktik

dimaksudkan kepada hubungan antara simbol dengan rujukan (reference) atau boleh juga dikatakan hubungan antara perkataan dengan benda. Rujukan atau benda tidak terhad banyaknya dalam sesuatu bahasa dan sesuatu simbol pula biasanya dirujuk kepada kumpulan bendabenda yang ada persamaannya. contoh, perkataan "manusia" dirujuk kepada makhluk yang bernyawa, mempunyai akal dan sifat-sifat yang berbeza daripada binatang. "Manusia" juga meliputi golongan orang lelaki, perempuan, kanak-kanak, tua, dan muda.

zazh/upm

23



Mengkaji hubungan antara satu perkataan dengan perkataan lainnya yang boleh menentukan makna. Hubungan itu dapat dilihat pada konteks yang lebih besar, misalnya dalam ayat atau frasa. Sebagai contoh, perkataan "orang" dan "besar" apabila wujud berurutan boleh menghasilkan dua makna, iaitu "orang besar"  " orang yang saiznya besar " dan  "orang yang berpangkat tinggi".

zazh/upm

24

6









Begitu juga dengan urutan kata "makan" dan "hati", boleh membawa pengertian "makan hati" (makan hati lembu, ayam, dan lain-lain) atau "makan hati" dengan maksud "merana". Ayat "anak abang saya yang sulung" bermaksud "anak sulung abang saya" kepada abang sulung saya". Ayat "adik cikgu yang comel" boleh maksud "adik cikgu itu yang comel" kepada cikgu yang comel".

Pragmatik 

Mengkaji hubungan antara simbol atau perkataan dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang sebagai reaksi kepada perkataan yang ditujukan kepadanya.



Reaksi itu berbagai-bagai, bergantung kepada tanggapan seseorang. Perkataan "saya", "aku", "patik", "beta”, walaupun dirujuk kepada benda atau perkara yang sama, iaitu "rujukan kepada orang pertama tunggal", boleh membawa reaksi yang berbagai-bagai.

pula boleh atau "anak membawa atau "adik

Makna yang agak kabur ini boleh dijelaskan melalui kajian sintaktik. Penentuan yang mana satukah makna yang mahu diterima bergantung kepada konteks. zazh/upm

25

Pengertian makna –operasional/kontekstual 

 



Ludwig Wittgenstein dalam bukunya, ‘Philosophical Investigations’(1953): Sesuatu kata dilihat dengan memerhatikan sesuatu yang dilakukan oleh manusia dengan kata itu: bukan apa yang dikatakan oleh manusia tentang perkara itu (the true meaning of a word is to be found by observing what a man does with it: not what he says about it). 2 falsafah Wittgenstein : i. bahasa dengan realiti. -, “apa yang memang dapat dikatakan, katakan dengan jelas. Dan, apa yang tidak dapat dikatakan, sebaiknya diam.” ii. bahasa sehari-hari (meaning in use).

Rumusan 

penghuraian makna berdasarkan teori ini agak berkesan dibandingkan dengan teori-teori yang sebelumnya kerana teori ini mempertimbangkan sama ciri-ciri suasana (konteks) dan perlakuan yang mengiringi sesuatu ujaran.



Makna yang ditinjau berdasarkan konteks, biasanya lebih tepat kerana konteks merupakan aspek yang terpenting dalam penentuan makna bagi sesuatu ujaran.

7

zazh/upm

29

8