BBM 3206 Unit 1 Kuliah 1 Konsep dan Pengertian Semantik Sept 2016 ppt

Objektif 2: merungkai konsep asas semantik dan teori semantik (P4) BBM 3206 Semantik Pengenalan Konsep dan Pengertian ...

1 downloads 151 Views 2MB Size
Objektif 2: merungkai konsep asas semantik dan teori semantik (P4)

BBM 3206 Semantik

Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik a) Pengenalan bidang semantik b) Perkembangan bidang semantik c) Pengertian makna secara referensial d) Pengertian makna secara kontekstual

Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Zazh/UPM

2

Pengenalan Semantik

Pengenalan semantik

Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna.

 Semantik - dari perkataan Greek: sēmantikos σημαντικός, "besar") adalah kajian linguistik, dan juga kajian falsafah tentang makna dalam bahasa, bahasa pengaturcaraan, logik formal, dan semiotik.

Perkataan semantik berasal daripada perkataan Greek sema yang bererti "tanda" (sign) . ‘sema’ juga bermaksud ‘isyarat’.

 Semantik memberi tumpuan kepada hubungan antara signifiers seperti perkataan, frasa, tanda-tanda dan simbol dengan apa-apa yang mereka percaya atau yang dimaksudkan.

Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam semantik terdapat skop-skop semantik yang tertentu.

Zazh/UPM

Seterusnya kata itu menerbitkan kata semaine yang bermaksud ‘bererti’. Daripada sinilah terbitnya istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu yang mengkaji atau analisa makna.

Menurut Palmer, Kompson & Katz semantik ialah “ as the study of meaning in natural language”.

3

Zazh/UPM

4

1

 SIL Glossary of Linguistic Term mentakrif semantik sebagai satu

kajian makna yang berdasarkan ekspresi linguistik. (Semantics is, generally defined, the study of meaning of linguistic expressions.) Merriam Webster Dictionary – semantic - relating to the meanings of words and phrases

• Perkataan semantics telah diperkenalkan oleh seorang ahli filologi

Perancis, bernama Michel Breal pada tahun (1883) dalam makalah beliau yang bertajuk, “Les Lois Intellectuelles du Langage”. • Dalam makalah ini, Breal telah memberi tanggapan bahawa

semantik mempunyai kedudukan tersendiri di luar bahasa, misalnya bentuk perubahan makna, latar belakang perubahan makna, hubungan perubahan makna dengan logika dan hubungan makna dengan psikologi. (Aminuddin,1985:16).

 Semantik

- satu bidang yang mengkaji makna sesuatu perkataan, frasa, ayat serta mencari bagaimana untuk menerangkan makna sesuatu perkataan, frasa, ayat .



• Verhaar, (1983) - semantik - teori makna atau teori erti

• Semantik ialah kajian tentang makna ungkapan linguistik. (Richmond H. Thomason, 2012)

- salah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan ujaran linguistik yang berbeza-beza seperti homonim, sinonim, antonim, polisemi, dan hiponim.

 Kajian semantik melibatkan kajian peranan semantik, makna

dan rujukan, syarat benar dan analisis wacana.

 Ilmu semantik mempunyai dua tahap perkembangan. Tahap

permulaan ilmu semantik ialah semantik falsafah. Manakala tahap yang kedua ialah semantik linguistik.

Zazh/UPM

5

Zazh/UPM

6

Perkembangan Bidang Semantik

 Dalam kajian linguistik, bidang semantik dianggap sebagai

bidang yang paling sukar untuk diterokai kerana untuk mengkaji makna, sama ada pada "peringkat perkataan atau ayat, pengkaji seharusnya mempertimbangkan sama aspek-aspek yang bukan linguistik, seperti kebudayaan konteks perkataan atau ayat itu diujarkan atau digunakan, aspek-aspek psikologi penutur, alam pemikirannya, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, tajuk perbincangan, dan sebagainya.

 Perkara-perkara ini semuanya mempengaruhi makna.

 Semantik berhubunganan kuat dengan falsafah. Terdahulu, sebelum abad ini, banyak kerja dalam semantik telah dilakukan oleh ahli-ahli falsafah, dan beberapa kajian yang penting masih dilakukan oleh ahli-ahli falsafah.  Pengkaji bahasa pada awal abad ke-19 berminat sekali mengkaji makna, khususnya dari aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan kepada makna sesuatu perkataan. Semantik juga selanjutnya telah dijadikan sebagai dasar untuk penghuraian bahasa oleh ahli linguistik tradisional.  Pada pertengahan dan akhir abad ke-20 pula, bidang ini semakin mendapat perhatian, khususnya apabila munculnya golongan linguistik transformasi. Golongan ini beranggapan bahawa makna adalah satu aspek yang penting dalam bahasa, sama pentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa

Zazh/UPM

7

Zazh/UPM

8

2

 Salah seorang murid Plato yang terkenal ialah Aristotle (384-322

Peringkat Pertama – Peringkat Falsafah

S.M.) (Harimurti Kridalaksana 1982:14). Aristotle menghalusi falsafah metafizik dalam karangannya Filsafat Pertama.

 Plato (429 – 347 SM)  Bunyi-bunyi

bahasa secara implisit mengandung makna tertentu. Dalam bukunya yang bertajuk Crafylus, Plato telah menggunakan perkataan 'semainein'. Katanya, "... bunyi bahasa secara tersirat, mengandungi makna" (Aminuddin 1985:15).  Kata dasarnya ialah 'sema' yang bermaksud 'isyarat' atau 'tanda' dan 'semainein' sebagai kata terbitan bermakna 'memperlihatkan' atau 'menyatakan'.

 Menurut Aristotle, kata adalah satuan terkecil yang mengandung

makna. iatu (1) makna yang hadir dari kata itu sendiri secara otonom (makna leksikal), dan (2) makna yang hadir akibat proses gramatika (makna gramatikal). (Ullman 1977:3)  Beliaulah yang mula-mula melahirkan fahaman 'logika'. Logika

atau lojik akal menurut beliau merupakan pewujudan daripada lambang yang telah ditakrifkan maknanya. Dengan fahaman logika, perkataan yang samar-samar atau tidak pasti maknanya dan perkataan yang tidak terbatas maksudnya, dihindari.

Plato Zazh/UPM

Aristotle 9

 Terdapat perbezaan pendapat antara Plato dan Aristotle.  Plato mempercayai tentang adanya hubungan bererti antara kata (bunyi-bunyi bahasa) dengan rujukannya. Sedangkan Aristotle (yang mengutamakan makna), berpendapat bahawa hubungan antara bentuk dan erti kata adalah soal perjanjian antara pemakainya (Moulton 1976 : 3).  Namun selepas Aristotle, kebanyakan kajian lebih tertumpu pada fonetik/fonologi, morfologi dan sintaksis yang tidak mengutamakan makna.

Zazh/UPM

10

C. Chr. Reisig (1825) Konsep baru mengenai gramatika/tatabahasa : Gramatika terdiri dari tiga unsur utama, iaitu : a) Semasiologi – kajian tentang tanda b) Sintaksis – kajian tentang susunan kalimat/ayat c) Etimologi – kajian tentang asal usul kata, perubahan bentuk kata, dan perubahan makna

 Namun, gagasan yang dikemukakan oleh C. Chr. Reisig (1820-1925) ahli bahasa Jerman tentang nahu bahasanya, iaitu (1) semasiologi, (2) sintaksis, dan (3) etimologi (Aminuddin 1985:15) telah menimbulkan semula peranan makna. Zazh/UPM

11

Zazh/UPM

12

3

Peringkat Ketiga - Linguistik

Peringkat Kedua - Bahasa

 Perbincangan semantik menjadi rancak semula. Ramai ahli

bahasa menekuni bidang ini sama ada kerana keperluan linguistik itu sendiri atau ilmu lain yang memerlukan semantik.

 Micheal Breal – kajian semantik dikaitkan dengan unsur di luar

bahasa itu sendiri.

 Salah seorang daripada mereka ialah Ferdinand de Saussure

 Misalnya:

(bangsa Swiss) yang berpendapat bahawa bahasa merupakan satu kesatuan yang terdiri daripada beberapa bahagian yang berhubung kait antara satu dengan yang lain. Beliau juga berpendapat bahawa ilmu bahasa merupakan salah satu cabang semasiologi. (Abu Bakar Hamid 1978:152).

 Perubahan makna  Makna yang berhubungan dengan logika  Makna yang berhubungan dengan psikologi

Ferdinand de Saussure Zazh/UPM

13

 Jost Trier (bangsa Jerman) mengembangkan pendapat de

Saussure dengan mengambil kira pandangan budayawan Jerman, iaitu J.G. von, Herder (1772) dan sarjana bahasa dan ahli falsafah Jerman W. von Humboldt (1836) berkenaan dengan makna, sehingga lahirlah gagasan Medan Makna.

 Medan Makna yang dimaksudkan oleh Trier ialah perkataan

yang pada mulanya mempunyai makna yang bertumpang-tindih akhirnya memiliki makna masing-masing secara khusus.

Zazh/UPM

14

 Trier mengambil contoh bahasa Jerman pada tahun 1200, iaitu

perkataan kunst dan list. Kedua-dua perkataan ini maknanya tercakup dalam perkataan wisheit yang mengandungi makna 'pengalaman keagamaan'.  Satu abad kemudian, iaitu pada tahun 1300 didapati ketiga-tiga

perkataan tersebut telah memiliki maknanya sendiri. Perkataan  kunst mengandungi makna 'pengetahuan',  perkataan list berubah menjadi wizzen mengandungi makna

'seni' dan  perkataan wisheit mengandungi makna 'pengalaman keagamaan'

(Aminuddin 1985:108).

Jost Trier Zazh/UPM

15

Zazh/UPM

16

4

Bronislaw Malinowski  Leonard Bloomfield, 1887-1949 (bangsa Amerika) mula masukkan

semantik dalam linguistik.  Bronislaw Malinowski seorang ahli antropologi telah membuat

kajian terhadap sekelompok masyarakat yang hidup di Pulau Coral (di Lautan Pasifik).  Beliau mendapati bahawa pertuturan masyarakat di

pulau tersebut mempunyai hubungan dengan keadaan pekerjaan mereka. Masyarakat petani misalnya mempunyai pertuturan yang agak berbeza daripada pertuturan masyarakat nelayan.

 Bloomfield berpendapat bahawa dalam kajian semantik, yang

utama ialah behavior (kebiasaan berbahasa). Kebiasaan berbahasa ini menurut beliau erat hubungannya dengan perlakuan manusia yang tertakluk pada stimulus (rangsangan) dan response (tindak balas). Dengan demikian, bahasa ialah data yang didengar. Data yang diperoleh ini kemudian disusun dan diklasifikasikan. Hasil cerakinan inilah yang kemudian disebut nahu.

 Daripada hasil kajiannya ini beliau menyimpulkan satu gagasan

yang kemudiannya dikenali sebagai context of (keperihalan keadaan) (M. Yunus Maris 1978:65-166). Zazh/UPM

17

John Rupert Firth

Zazh/UPM

18

 Charles Kay Ogden dan I. Amstrong Richard atau lebih dikenali

 John Rupert Firth, 1890-1960 (bangsa Inggeris) seorang sarjana

linguistik telah tertarik dengan dapatan Malinowski. Jika Malinowski memandang bahasa dari sudut antropologi, Firth pula memandang bahasa dari sudut ilmu bahasa itu sendiri. Beliau menyimpulkan bahawa bahasa merupakan kesepakatan sesuatu masyarakat yang dipengaruhi oleh keperihalan keadaan dan diterima oleh masyarakat tersebut.

 Gagasan ini kemudian dikenali sebagai Teori Semantik Kontekstual.  Teori ini sangat bermanfaat untuk menghuraikan makna bahasa

yang terdapat dalam sesuatu masyarakat kerana makna dapat dikaitkan dengan budaya masyarakat pengguna bahasa itu sendiri.

Zazh/UPM

Leonard Bloomfield

situation

19

sebagai Ogden & Richards (1923) berpendapat bahawa berlaku hubungan timbal balik antara gagasan dengan rujukan serta gagasan dengan lambang bahasa (lisan/bertulis) manakala lambang bahasa dengan rujukan hubungannya tidak langsung (Mansoer Pateda 1989:36). Perhatikan rajah yang berikut ini: G

LB

R

Petunjuk: G = gagasan LB = lambang bahasa R = rujukan Zazh/UPM

20

5

 Pendapat Ogden & Richards telah dikritik oleh Stephen Ullmann

(1972) dengan hujah bahawa 'rujukan' sebenarnya di luar bidang bahasa. Hujah berikutnya beliau kemukakan bahawa takrifan 'lambang bahasa-gagasan-rujukan' sangat sukar untuk dijelaskan dan difahami. Oleh yang demikian, Ullmann memberikan beberapa kemungkinan hubungan 'maksud' dengan 'perkataan'.

Nama

 Jika satu perkataan (P) mengandungi satu maksud (M), ia dapat

Makna

digambarkan seperti rajah yang berikut:

cantik

M1

segak

Zazh/UPM

21

M2

M3

ayu

jelita

Zazh/UPM

22

 Semiotik/semiologi – kajian ke atas sistem tanda dan terbahagi  Semiotik/semiologi – kajian ke atas sistem tanda dan terbahagi

kepada tiga bahagian, iaitu semantik- tentang pemaknaan tanda, sintaktik – tentang kombinasi tanda-tanda, dan pragmatiktentang asal usul, pengguaan dan pengaruhnya dalam perlakuan yang dihubungkan dengan tanda itu (Ullmann, 1962:15).

kepada tiga bahagian, iaitu semantik- tentang pemaknaan tanda, sintaktik – tentang kombinasi tanda-tanda, dan pragmatiktentang asal usul, pengguaan dan pengaruhnya dalam perlakuan yang dihubungkan dengan tanda itu (Ullmann, 1962:15).  Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) – pengkajian makna pada peringkat semantik belum dapat memberikan makna sepenuhnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur.  Pengkajian makna seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu

ilmu penginterpretasian makna yang melibatkan faktor linguistik dan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua faktor linguistik dan bukan linguistik ini dapat membantu pengkajian makna yang lebih berkesan. Nor Hashimah Jalaluddin

Zazh/UPM

23

Zazh/UPM

24

6

Makna Referensial dan Non-referensial  Sebuah kata bermakna referensial kalau ada referensnya, atau

acuannya dalam dunia nyata. Misalnya kata kuda, merah, dan gambar. Sebaliknya kata-kata seperti dan, kerana tidak mempunyai referens.  Kata-kata yang acuannya tidak menetap pada satu maujud,

melainkan dapat berpindah dari maujud satu ke maujud lain disebut kata-kata deiktik.  Yang termasuk kata- kata deiktik adalah kata-kata ganti nama (dia,

saya, kamu), kata-kata yang menyatakan ruang, misalnya di sini, di sana; kata-kata yang menyatakan waktu, seperti sekarang, besok; kata-kata yang disebut kata penunjuk, seperti ini dan itu

Zazh/UPM

Makna Kontekstual  Ludwig Wittgenstein, (1953) dalam bukunya, ‘Philosophical Investigations’ menjelaskan bahawa;  sesuatu kata dilihat dengan memerhatikan sesuatu yang dilakukan oleh manusia dengan kata itu: bukan apa yang dikatakan oleh manusia tentang perkara itu  Makna kontekstual muncul sebagai hubungan antara ujaran dengan situasi pada waktu ujaran itu diujarkan oleh penuturnya.

25

Zazh/UPM

26

Makna dan Jenisnya

Subbidang Semantik

Geoffrey Leech (1974) Semantik Struktural

Semantik Gramatikal

Semantik Deskriptif

Semantik Logik

Semantik Historis/Sejarah

Semantik Behavioris

 Geoffrey Leech (1974:26) menggolongkan makna kepada tujuh jenis:

Semantik Generatif

Semantik Leksikal

Zazh/UPM

27

1

Makna konsepsi

2

Makna konotatif

: makna kognitif. kata yang berlainan daripada : makna makna asal: makna tersirat atau makna tambahan: makna emotif atau makna evaluatif.

3

Makna Stilistik

: makna berdasarkan situasi pengucapan.

4

Makna Afektif

: makna untuk menimbulkan kesan kepada pembaca dan pendengar.

5

Makna Refleksi

: makna yang pelbagai untuk sesuatu kata.

6

Makna Kolokasi

: makna berdasarkan hubungannya dengan kata lain.

7

Makna Tematik

: makna yang ditekankan dalam ayat.

 Terdapat juga makna lain seperti : 1. Makna denotasi. 2. Makna konteks. Zazh/UPM

28

7

Kesimpulan  Semantik ialah kajian tentang lambang atau tanda yang

menyatakan makna, hubungan antara satu makna dengan makna yang lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

 Sekian, terima kasih

 Semantik lahir daripada falsafah dan sehingga kini bahasa masih

dibayangi terus oleh falsafah. Daripada perkembangan semantik yang telah diperlihatkan jelas bahawa antara falsafah dengan bahasa dan antara bahasa dengan semantik tidak dapat dipisahkan.

Zazh/UPM

29

Zazh/UPM

30

8