BBM 3104 Kuliah 7 dan 8 BMK Abad ke 17 SM

4/19/2017 Sejarah MelayuKuliah 7 dan 8 BMK Abad ke-17: Sejarah Melayu Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah J...

0 downloads 152 Views 1MB Size
4/19/2017

Sejarah MelayuKuliah 7 dan 8 BMK Abad ke-17: Sejarah Melayu

Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang

Pendapat A. Teeuw, • “….Sejarah Melayu adalah salah satu karangan yang terpenting dan yang memikat sekali dari segi kesusasteraan Melayu” Kepentingan Sejarah Melayu • Rujukan bagi mengetahui segala hal yang berkaitan dengan raja-raja Melayu, sejarah kebudayaan, adat istiadat Melayu, corak kehidupan masyarakat golongan istana pada zaman itu.

Pengarangan Sejarah Melayu • Naskhah Sejarah Melayu Terbahagi kepada 3 jenis • naskah Raffles 18, Royal Asiatic Society, London • Naskhah-naskhah edisi Abdullah Munsyi, edisi W.A Shellabear dan edisi Dulaurier • Naskhah yang tersimpan di perpustakaan Royal Asiatic Society of London

• Naskhah Shellabear • “ maka berkata ia kepada fakir, hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita dan boleh diingatkannya oleh segala mereka itu, dan mudah-mudahan beroleh faedah ia daripadanya…” • Menunjukkan bahan kandungan SM disusun pada tahun 1612 M itu telah sedia ada, iaitu daripada Hikayat Melayu dari Goa yang dijadikan dasar atau rangka yang diperbaiki.

1

4/19/2017

Nakhkah Raffles 18 • “… maka fakir karanglah hikayat ini kama sama’tu min jaddi wa’abi dan fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala, supaya akan menyukakan duli hadhrati baginda. Maka fakir namai hikayat ini Sulalatus Salatin, yakni peraturan segala raja-raja….” • Menunjukkan SS turut menggunakan bahan-bahan daripada riwayat orang tua-tua yang mengetahui salasilah raja-raja Melayu ketika itu.

Pendapat Sheikh Nurudin Al Raniri • Sejarah Melayu disusun oleh Tun Seri Lanang, Bendahara Paduka Raja untuk menjunjung titah Sultan Abdullah Ma’ayah Shah. Tarikh perintah itu dicatat pada 12 Rabiulawal tahun 1021 H bersamaan 13 Mei 1612 bertempat di Pasir Raja.

Pendapat tokoh tentang pengarang Sejarah Melayu • Ismail Hussein, “ Tun Seri Lanang bukan pengarang tetapi penyalin nakhkah asli yang dibawa dari Goa. • Penulis asal Sejarah Melayu ialah orang Melaka yang menyaksikan kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi. • Apabila Tun Seri Lanang(TSL) menyalin dan membangun semula Sejarah Melayu, beliau telah membuat banyak perubahan daripada nakhkah asal. • TSL mempunyai gaya bahasa yang indah dan khayalan yang segar.

Pengarang Sejarah Melayu- Pandangan Winstedt • • • • • • • • •

Tun Seri Lanang Bendahara Paduka Raja Keturunan Bendahara Melaka dan Johor Hidup pada akhir abad ke-16-awal abad ke-17 Menyelesaikan SM pada zaman Sultan Alauddin Riayat Shah Seorang yang bijak dan mempunyai jiwa seni. Rapat dengan golongan istana Sudah membaca buku-buku hikayat seperti Hik.Hamzah, Hik Muhammad Ali Hanafiah dsb Mengetahu bahasa Arab, Parsi, Jawa, Portugis dan Tamil.

Seni Kepengarangan Sejarah Melayu • Pengarang adalah sebagai pewaris “yang empunya ceritera”. Istilah yang digunakan ialah …menurut yang empunya ceritera, alkisah maka tersebutlah……. • Pengarang atau”penyalinnya” mengambil bahannya, malah ilhamnya daripada hasil terkumpul yang ditinggalkan oleh “ceritera orang tuha-tuha” • Pengarang Sulalatus Salatin misalnya berkata, bahawa dia menerima titah daripada rajanya supaya mengarangkan (diperbuatkan) “hikayat….perteturun segala raja-raja Melayu dengan isti’adatnya supaya didengar oleh anak cucu kita…..” dan untuk melaksanakan titah ini pengarang berkata bahawa “ fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala supaya akan menyukakan hati duli hadhrat baginda.

2

4/19/2017

• Pengarang SS /SM tidak seluruhnya bertujuan untuk menyukakan hati duli hadhrat baginda. • Pengarang tidak selalu berusaha untuk menutup kesalahan raja atau untuk “menyorok” kisah buruk yang mungkin tidak disukai oleh raja atau keturunannya. • Pengarang cuba menceritakan apa yang “sebenarnya’ berlaku menurut ceritera orang dahulu kala. Contoh: • Kalaulah Sultan Mahmud Syah membaca hikayat SS /SM, mungkin baginda akan berasa malu atau murka kepada pengarangnya kerana menceritakan “kezaliman” raja membunuh Bendahara Tun Mutahir dan seluruh anggota keluarga semata-mata berdasarkan fitnah orang, tanpa usul periksa.









Rumusan Kandungan Sejarah Melayu • Nakhkah Raffles 18 megandungi 31 bab dan kandungannya lebih tua daripada nakhkah Shellabear • Nakhkah Shellabear mengandungi 34 bab.

Sultan Mahmud Shah digambarkan sebagai raja Melayu yang agung, yang gah, sehingga semua negeri dan raja-raja lain merafak sembah kepada baginda . Kemudian pengarang menceritakan kisah kejatuhan Sultan Mahmud ini apabila Portugis menawan Melaka. Sultan yang agung ini terpaksa lari ke Bentan dan apabila Portugis menyerang dan mengalahkan Bentan, baginda terpaksa lari ke hutan, berjalan “ terpelecok-pelecok” dan terpaksa meminta nasi daripada orang desa. Akhirnya baginda merempat ke Kampar dan di situ baginda meninggal dunia dalam keadaan yang hina dan tidak mempunyai kuasa agung lagi. Pengarang menyampaikan cerita ini tanpa menyebelahi mana-mana pihak kerana dia bukan pengkritik atau pengulas tetapi “tukang cerita” atau seniman yang taat kepada warisannya, kepada cerita orang tuhatuha dahulu kala. Pengarang mahu pembacanya menyedari bahawa “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”

Aspek Ketatanegaraan • • • • • •

Konsep Kerajaan dan Negara Satu organisasi besar yang dipimpin oleh raja dan pembesar. Jajahan takluk Kuasa raja dalam menggubal undang-undang Pelantikan raja dan pengganti Konsep daulat dan derhaka

3

4/19/2017

Aspek Kesusasteraan • • • •

Aspek perwatakan Teknik penceritaan Penggunaan puisi tradisional Penggunaan bahasa perlambangan

Aspek budaya dan kemasyarakatan • • • • • • •

Kedudukan raja Melayu dalam masyarakat Pakaian diraja dan kelengkapannya Adat mengadap raja dan budaya di istana Cara mengiringi raja Senjata dan kelengkapan perang Alat kebesaran dan perhiasan Adat perkahwinan, perayaan dan adat Islam yang diamalkan • Amalan hidup rakyat jelata

Aspek Bahasa SM • C.Hooykaas (1981:163) SM merupakan sumber bahasa yang penting. • “ Bahasa yang dipakai dalam SM itu ialah bahasa cerita yang sederhana, bahasa Melayu kuno yang baik. Bangsa Eropah sentiasa amat tertarik oleh cara kitab itu melukiskan sesuatu hal dengan cara yang sederhana sekali dan oleh isi kitab itu yang amat indah”

Waadat Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba •

Maka dipersembahan oleh Wan Empuk dan Wan Malini pada Sang Sapurba, Demang Lebar Daun ada beranak seorang perempuan; maka disuruh pinang oleh Sang Sapurba. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Jikalau anak patik Tuanku peristeri, nescaya kedal ia; tetapi jikalau tuanku mau berwaadat dengan patik, maka patik persembahkan anak patik ke bawah Duli Yang Dipertuan.”



Adapun Demang Lebar Daunlah yang pertama punya bahasa ‘Yang Dipertuan’ dan ‘patik’

• •

Maka titah Sang Sapurba, “ Apa yang dikehendaki oleh bapakku itu? Maka sembah Demang Lebar Daun, “ Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhilatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak.” (Sejarah Melayu hlm 19-20)

4

4/19/2017

Jenis Aksara • Tulisan Jawi yang telah disesuaikan dengan bahasa Melayu ketika itu. • Huruf baharu yang ditambah: • pa, nga, ga, nya, dan ca • Contoh cucu, ceritera (carita) empunya. Ilmunya, lagi, daripada, kepada

Sistem ejaan • • • •

Sistem ejaan lama Contoh: suroh berhadir ( suruh hadir) Membacha (membaca) Dudok (duduk) sa orang (seorang, terlebeh (terlebih) chuchu, di-ketahui, • isti-adat-nya, ada-lah dll.

Aspek fonetik dan fonologi

Morfologi

• Fonetik – ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. • Fonologi – kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa • SM cetera ketiga puluh dua: Tun Seri Lanang menceritakan Tun Mai Ulat Bulu telah menyindir Makhdun Sadar Jahan yang tidak dapat menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti kusying (kucing), kunit (kunyit) dan niru (nyiru)

• Menampakkan unsur-unsur yang gramatis dan tatabahasa yang semakin sempurna. • Penggunaan imbuhan, contoh: • Per/kata/an, meng/himpun/kan, di/per/buat/kan. • Penggunaan kata pangkal ayat yang lazimnya digunakan dalam teks hikayat seperti hatta, sebermula, syahadan, arakian dan beberapa lagi. Contoh: Hatta, berapa lamanya, setelah sudah Raja Iskandar melihat matahari terbit, maka baginda pun kembalilah, lalu dari negeri Raja Kida Hindi…. • Penggunaan kata yang mengelirukan. Contoh: • Seorang dayang-dayang raja…. (SM hlm 130)

5

4/19/2017

Perkataan Siam • Penggunaan kosa kata lama • Kedal (sejenis penyakit kulit), tulah, bermukah, azmat (hebat) • Perkataan Arab – Bis-millahi’r-rahmani’ r-rahim. Subhana ‘llahu ‘l-maliku ‘ l-jabbar • Perkataan Jawa – dilihat semasa rombongan Sultan Mansor Shah berada di Majapahit. Ketampanan dan tingkah laku Laksamana Hang Tuah amat digilai oleh perempuanperempuan Jawa sehingga dipantunkan dalam bahasa Jawa, “ Onya suruh tanggapan penlipur, saben dina katon perandene duka ugi • ( Ini sirih sambut oleh mu, akan penglipur rasa berahi, seharihari dilihat sungguh demikian pun rindu juga)

• Maharaja Dewa Sura melarikan diri daripada bala tentera Melaka. Apabila sampai di sebuah jeram, dia memerintah orang-orangnya memperlahankan perahu mereka. Katanya dalam bahasa Siam, “Kwai, kwai” yang bermaksud perlahan-lahan. (SM hlm 74)

Perkataan Parsi

Penggunaan Kiasan

• “Arayat juna bakhsanat sultan kahsad” yang bermaksud rakyat itu umpama akar dan raja umpama pohon. Jikalau tiada akar, nescaya pohon itu tidak dapat berdiri. • Aspek Sintaksis • Bentuk pasif • Ayat sonsang • Wbp terdapat juga penggunaan ayat-ayat yang pendek dan ringkas. • “ Maka seorang pun tiada cakap. Maka semuanya orang itu kembali ke rumahnya. Telah sunyi orang tidur, maka dipanggil baginda seorang penunggu pintu… (SM hlm 176)

• Menceritakan betapa ramainya rakyat tentera seorang raja,” ..maka Raja Culan pun berangkat mengeluari Raja Suran: rupa rakyat seperti laut tatkala pasang penuh, rupa gajah dan kuda seperti pulau, rupa tunggul panji-panji seperti hutan, rupa senjata berlapis-lapis, rupa cemara tombak seperti bunga lalang.. Maka kelihatanlah rakyat Raja Suran seperti hutan rupanya……(SM hlm 10)

6

4/19/2017

Penggunaan puisi • Peristiwa pembunuhan Tun Jana di Singapura digambarkan dalam pantun: • Telur itik di Singgora • Pandan terletak di langkahi • Darahnya titik di Singapura • Badannya terhantar di Langkawi

Kesimpulan • Bahasa Sejarah Melayu : • Menepati ciri bahasa Melayu klasik • Bahasa yang indah, gramatis dan dapat mengambarkan nilai intelek, estetika.

Bidalan • • • • • • •

Bidalan Arab Al –mahabbatu bainun manfiyyun Wa l-isyaqu fikrun manfyyun Al-mahabbatu nafyu’ l-bain Wa ‘-’isyqu nafsu ‘l-bayan (hlm 194) Maksud ( Yang kasih itu antara tiada, dan berahi itu bicara tiada)

Latihan • Nyatakan perbezaan kandungan antara Sejarah Melayu nakhkah Raffles 18 dengan nakhkah Shellabear.

7

4/19/2017

Sekian, terima kasih

8