BBM 3104 Kuliah 6 M2 Karya Zaman Acheh

4/19/2017 Hamzah Fansuri (1550-1620) Hamzah Fansuri (1550-1620) Kuliah 6 M1 Karya Penulis-penulis Zaman Acheh Hamzah Fa...

0 downloads 188 Views 752KB Size
4/19/2017

Hamzah Fansuri (1550-1620) Hamzah Fansuri (1550-1620) Kuliah 6 M1 Karya Penulis-penulis Zaman Acheh Hamzah Fansuri Sheikh Nuruddin al Raniri

Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang

• Ulama Acheh yang amat terkenal, hidup dalam zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah IV Saoyidil Mukammil (997-101H: 1589-1594 M) sehingga ke permulaan pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (10161045H) : 1606- 1636 M). • Pada tahun 1726, Francois Valentijn dalam bukunya Oud en Nieuw Oost-Indie (Hindia Timur Lama dan Baharu) pada bab mengenai Sumatera, menyebut Hamzah Fansuri sebagai seorang penyair yang dilahirkan di Fansur. • Pemikiran dan pegangan Hamzah Fansuri terpancar dalam karya-karya beliau meliputi karya prosa dan puisi. • Hamzah adalah pengembang tarekat Wujudiyah. Gambaran tentang ajaran Wujudiyah ini dapat dikutip daripada karangan beliau Asrar al-Arifin dan Sharab al-Asyikin.

Riwayat hidup • Dikatakan berasal dari Gosong Telaga (Acheh Selatan) • Ada yang mengatakan dari Barus berdasarkan serangkap syair beliau: • Hamzah Fansuri negeri Melayu • Tempatnya Kapur di dalam kayu • Kapur didalam kayu bermakna Barus. • Prof. Syed Naquib – Hamzah berasal dari Ayuthia, dilahirkan pada 1550 M dan meninggal pada 1600 M.

• Belajar dan menuntut ilmu di Siam, Bentan, Pahang, Mekah, dan Madinah. • Pengikut fahaman Qadiriah • Mendapat fahaman daripada Syahrul Tabriz, A.Kadir Jailani, Al-Hajjah serta Al-Bustami. • Juga memperoleh aliran “Wahdatul-Wujud” – satu aliran yang berfahaman “Wujudnya Tanzulat Zat serta sifat-sifat Allah” • Fahaman serta aliran Wahdatul-Wujud ini mendapat tentangan hebat dariapda golongan tua terutamanya Abdul Rauf Singkel serta Nuruddin Al- Raniri. • Karya-karyanya dibakar atas pemerintahan Sultan Iskandar Thani.

1

4/19/2017

Karya Hamzah Fansuri • Karangan-karangan prosa Hamzah yang terpenting ialah Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana), Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi) dan Zinat al-Muwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan). • Syair-syair beliau pula ialah Syair Si Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Fakir, Syair Dagang dan Syair Perahu.

Penglibatan HF

• Tokoh tasawuf yang terkenal pada zamannya. • Pengikut Tarekat Qadiriyah. Bukti dalam syairnya: Hamzah nin ilmunya zahir • Ustaznya Syeikh Abdul Qadir • Ajaran HF dianggap bertentangan dan diharamkan oleh pemerintah lalu dibakar. Karya yang terselamat ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir dan Ruba’I HF. • Penentangan terhadap HF disebabkan kata-kata beliau dalam syair yang memberitahu beliau bertemu Tuhan dalam diri dan rumahnya. Bukti: • Hamzah Fansuri di dalam Makkah • Mencari Tuhan di Baitul-Kaabah • Di Barus, di Kudus terlalu payah • Akhirnya, dapat di dalam rumah.

Pandangan tokoh

• SNaR melihat fahaman HF dari sudut feqah semata-mata dan bukan dari sudut tasawuf. • HF sebagai ahli tasawuf telah mempelopori fahaman ini dalam kalangan umat Islam pada zamannya di Acheh, dibantu oleh Syamsuddin al- Sumaterani. Pengikut beliau datang dari Pulau Jawa, Sumatera dan Tanah Melayu. • Ilmu tasawuf – mengajar dan meminta setiap insan mencintai Tuhan Yang Maha Esa dan juga insan yang lain termasuk isi alam yang bernyawa dan tidak bernyawa. • Ajaran HF dianggap menjadi puncak perikemanusiaan di negeri-negeri Melayu pada abad pertengahan dengan etikanya yang mementingkan humanisme. • Hal ini dapat membatasi kezaliman raja atau sekurangkurangnya menasihati dan merayu serta meminta pengampunan untuk hamba yang dimurkai.

• SNaR – HF menganggap Tuhan Yang Maha Esa dan manusia adalah sama manakala kemunculan alam ini bukanlah berkat iradat dan kudrat-Nya tetapi hasil daripada pemancaran yang wajar. • Francois Valentijn (1726), Prof, Naqib al-Attas, Winstedt, C. Hooykaas dan A.Teeuw: – HF orang yang pertama menulis tentang ilmu tasawuf dalam bentuk syair.

2

4/19/2017

Kesimpulan

Syeikh Nuruddin al Raniri

• Syair HF terpengaruh dengan ghazal Parsi iaitu terdiri daripada 13 bait hingga 15 bait dan penutupnya mengandungi nama penanya. • Orang pertama memperkenalkan syair sebagai puisi empat baris. • Mempopularkan syair sebagai satu bentuk pengucapan sastera yang tinggi mutunya. • Dari sudut puitika dan estetika HF telah mendasari karya lain hingga abad ke-20. • Penulis Angkatan Pujangga Baru seperti Amir Hamzah dan Sanusi Pane cenderung kepada nada Islam ;- kesan daripada karya Hamzah Fansuri.

• Syeikh Nuruddin Muhammad ibnu ‘Ali ibnu Hasanji ibnu Muhammad Hamid ar-Raniri al-Quraisyi adalah ulama pada zaman kepemimpinan Sultan Iskandar Thani di Aceh. • Dilahirkan di Ranir, Gujerat, India dari sebuah keluarga keturunan Quraish. • Mempelajari bahasa Melayu semasa di Gujerat. • Mengikut Voorhoeve (1951), SNR pernah menetap di Pahang dan mendalami beberapa karya bahasa Melayu seperti Hik.Iskandar Zulkarnian, Taj al Salatin dan Sejarah Melayu- yg mempengaruhi kepengarangan beliau dalam menghasilkan BS • Kitab yang pernah dihasilkan : Durrat al-Fara’id dan Hidayat alHabib (1045H)

• Akrab dengan Sultan Iskandar Thani sehingga dilantik menjadi ulama’ dan penasihat baginda. • “Dengan kedudukan yang ada, SNR telah mempengaruhi Sultan supaya menghapuskan fahaman Wujudiah yang disebarkan oleh Hamzah Fansuri(HF) di Acheh ketika itu. Sultan telah terpengaruh dengan fahaman tua yang disebarkan oleh SNR dan mengarahkan semua buku karangan HF yang lebih mirip kepada golongan muda dibakar.”

• SNaR memiliki pengetahuan luas yang meliputi tasawuf, kalam, fekah, hadis, sejarah, dan perbandingan agama. Selama masa hidupnya, ia menulis kurang-lebih 29 kitab, yang paling terkenal adalah “Bustanus al-Salatin”. • Pendapat sarjana- BS dijangka siap pada tahun 1640 M. • SNR turut menghasilkan buku Asrar al-Insan fi ma’rifat al-ruh wal-rahman selepas BS • Apabila Sultan Tajul Alam memerintah, SNR dipecat dan dihantar pulang ke Ranir • meninggal dunia pada tahun 1658. Namanya kini diabadikan sebagai nama perguruan tinggi agama (IAIN) di Banda Aceh.

3

4/19/2017

Keistimewaan BS

Pendapat Hooykaas 1977

• Dikarang oleh Syeikh Nurudin al Raniri, seorang ulama terkenal di Acheh pada 1638 M 917 Syawal 1047 H) • Digolong sbg buku ketatanegaraan, juga sebagai karya histografi. • Mempunyai nilai keagamaan yang tinggi dan nilai moral yang baik

• Kitab ini lebih bersifat pengetahuan jika dibandingkan dengan karya-karya lain dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisional. Usaha menerbitkan BS ini dianggap penting dari sudut sejarah, kesusasteraan dan bahasa. Tidak dapat dinafikan bahawa kitab ini mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat Melayu dan banyak salinan kitab ini tersebar di seluruh Nusantara.

Kandungan BS Struktur Pemerintahan • 1. Sultan Ali Mughayat Syah H 913 – H928 (14 t 7 bln). • 2. Sultan Salahuddin ibn Sultan Ali Mughayat Syah (H 946 – H 955) (17 th 11 bln) • 3. Sultan Alauddin Riayat Syah ibn Sultan Ali Mughayat Syah • 4. Sultan Hussain ibn Sultan Alauddin bergelar Sultan Ali Riayat Syah • 5. Sultan Muda ibn Sultan Ali Riayat Syah (masih berusia 4 bulan) 15 J. Akhir , H 984 (dalam kerajaan 7 bulan).

• 6. Abangta Raja Pariaman bergelar Raja Seri Alam (Ahad 10 Muharam – dalam kerajaan selama 2 bulan 5 hari/ 5 bulan) • 7. Sultan Zainal Abidin ibn Sultan Abdullah ibni Sultan Alauddin Riayat Syah – naik takhta pada 5 Rabiulawal (selama 10 bulan 10 hari). Terbunuh pada tahun H 985. • 8. Sultan Alauddin Perak ibn Sultan Ahmad – naik takhta pada hari Jumaat 10 Muharam. Memerintah selama 8 tahun 11 hari. Terbunuh pada hari Isnin 10 Muharam, waktu duha H 993. • 9. Sultan Ali Riayat Syah ibn Sultan Munawar Syah, naik takhta pada hari Selasa 11 Muharam. Memerintah selama 2 tahun 11 bulan. Terbunuh pada H 996.

4

4/19/2017

Struktur Penulisan • 10. Sultan Alauddin Riayat Syah ibn Sultan Firman Syah, naik takhta pada hari Isnin 15 Zulkaedah. Memerintah selama 15 hari ( H 1012 diganti oleh anaknya) • 11. Sultan Ali Riayat Syah ibn Sultan Alauddin Riayat Syah – naik takhta pada hari Isnin 15 Zulkaedah, memerintah selama 2 tahun 11 bulan. Hilang pada H 1015. • 12. Sultan Raja Iskandar Muda Johan Berdaulat. Naik takhta pada 6 Zulhijjah. Mangkat pada hari Sabtu, waktu dohor H 1046. Memerintah selama 37 tahun 7 bulan 24 hari. Bergelar Marhum Mahkota Alam. • 13. Paduka Seri Sultan Iskandar Thani Alauddin Mughayat Syah Johan Berdaulat zil Allah sil- alam ibn Sultan Ahmad Syah. Naik takhta pada hari Sabtu 29 Rejab pada waktu dohor.

Bahasa dan ejaan • Terdapat pengaruh Acheh (rujuk m.s 66-76) • Melakukan pembetulan secara senyap terhadap kesilapan daripada teks asal • Penggunaan vokal tidak digunakan dengan sepatutnya. Huruf hamzah digunakan apabila terdapat vokal berturut-turut. • Diftong au dan ai ditulis sebagai wau dan ya • E pepet digantikan dengan fathah seperti berserban, kerana, kercu dan pertuha. • Alif menggantikan e • Dammad sebagai e • ‘Ya’ digandakan dalam ejaan

• Mula dengan pujian kepada Allah SWT • Menerangkan kedudukan manusia di sisi Tuhan • Memasukkan hadis dan ayat-ayat Al-Quran dan unsur nasihat dan pengajaran • Nama watak tidak disebut tetapi perkara sebenar ditonjolkan

Bahasa Acheh • Tidak terdapat sengau dalam bentuk awalan ‘men’ pada kata-kata yang dimulai dengan letusan bersuara. Letusan bersuara hilang sesudah sengau • Contoh kameng --- kambing • teumaga --- tembaga • upama --- umpama • Tanpa ‘me’ • Ngadap, ngape, ngiring.

5

4/19/2017

Pengaruh Acheh yang lain • Pengaruh leksikal seperti antusan (utusan), dalam (istana), entat (antar) kandang (makam), kedidi (gelut), kelah (simpati) luam (intai), pertuha (ketua) ruhai (berceritera), salup (bungkus), taham (tahan, tangkap) • Bentuk arkaik contoh anugeraha (anugraha), arta (artha) • Beniaga ( banija atau vanijaka) dan manusyia (manusya)

Latihan Analisis Kandungan Bustanus Salatin

• Aspek Kandungan 1 • “ Shahdan maka ada-lah di-ilhamkan Allah Ta’ala dalam hati Raja Iskandar Muda memileh Sultan Mughal akan ganti-nya itu saperti Nabiu’l-lah Daud memileh dalam antara segala anak-anaknya Nabiu’l-lah Sulaiman akan ganti-nya” (BS hlm 43)

Aspek kandungan 2

Aspek kandungan 3

• “Maka genderang berangkat akan tuan puteri naik ka-atas metai suasa pun berbunyi-lah. Satelah itu maka inai, pakaian dan ayer mandi pun di-arak Kadhi Maliku’l-Adil dan Perdana Menteri. Dan segala hulubalang masingmasing mengarak. Sa-tengah daripada mereka itu ka-Mahligai Dewa Raksa Madapa akan Sultan Hussain Shah, dan sa-tengah kaMaligai Daulat Khana” (BS hlm 40)

• Bab kedua Bustanus Salatin mengandongi dua fasal yang meriwayatkan sejarah Semenanjong Tanah Melayu dan Acheh. Fasal 12 merupakan sadoran Sejarah Melayu dan mengandongi salasilah raja2 Pahang. • Fasal ini di-maksudkan sa-bagai pengantar bagi fasal 13 mengenai sejarah kerajaan Acheh yang menchapai puncak-nya dengan pemerentahan Sultan Iskandar Thani yang berasal dari Pahang. (BS hlm 5)

6

4/19/2017

Aspek kandungan 4 • Meriwayatkan tentang kerajaan sultan ini dihiasi-nya karangan-nya itu dengan suatu ruba’i: • Ia-lah perkasa terlalu berani • turun temurun nasab sultani • ia-lah menyanjong inayat rahmani • bergelar Sultan Iskandar Thani. • (BS hlm 5)

Aspek kandungan 5 • “Kemudian dari itu maka datang mereka itu sa-kali lagi ka-bandar Daru’s-Salam, maka nyata kianat-nya dan sangat-lah mghrur-nya. Maka datang-lah ka-atas mereka itu murka Allah ta’ala, maka sakalian mereka itu pun habis di-titahkan Paduka Seri Sultan Iskandar Thani ‘Alau’d-Din Mughayat Shah Johan Berdaulat penggal batang leher-nya” • (BS hlm 47)

Kesimpulan • • • • •

Kajian aspek kandungan teks BS menceritakan; Aspek kebudayaan Melayu Hubungan politik Terdapat pengaruh Arab dan Parsi. Kitab-kitab Arab dan Parsi diterjemahkan dan dijadikan sumber atau contoh untuk menghasilkan karya-karya BMK

Sekian, terima kasih

7