BBM 3104 Kuliah 2 Ciri BMK, batu Bersurat dan Peranan BMK

2/27/2017 Pengenalan • Bahasa Melayu Klasik dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara ...

6 downloads 181 Views 984KB Size
2/27/2017

Pengenalan • Bahasa Melayu Klasik dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. • Bahasa Melayu mengalami banyak penambahan dari segi kosa kata, struktur ayat, dan tulisan yang seterusnya membentuk ciri bahasa itu sendiri.

Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat & Peranan BMK

Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang

Zazh/UPM

1

2

2. Struktur ayat • Ayat panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit, gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Sebagai contoh, :

• Ciri Bahasa Melayu Klasik – melibatkan sistem tulisan, kosa kata dan tatabahasa (morfologi dan sintaksis) • 1.Meluasnya penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang, yang kini tidak digunakan lagi. • Antaranya, adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat“, tatkala" dan "adapun". • Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian sebaliknya penggunaan penanda wacana. Zazh/UPM

Zazh/UPM

• Setelah dilihat oleh Maharaja Jaya, maka Maharaja Jaya pun menampilkan gajahnya menempuh pada orang Melaka, sama-sama dengan Tun Demang; barang di mana ditempuhnya bangkai berkaparan di medan, darah mengalir di bumi. (SM 1982: hlm 107) 3

Zazh/UPM

4

1

2/27/2017

Metodologi • Terdapat ayat atau klausa songsang dengan pendepanan predikat kesan daripada pengaruh tatabahasa Arab. Contoh: • “Maka hidangan pun diangkat oranglah ke hadapan Seri Rama, dan segala orang yang ada hadir itupun makanlah” (SM 1982:185) • Dalam konteks bahasa Melayu moden, ayat lebih ringkas, padat dan tepat, sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan konsep, idea, dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks, yang melibatkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden.

3. Bentuk pasif • Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, : • Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim, diserahkannya mengaji kepada mualim …… • Maka dilihatlah tanah nagara bukit menjadi seperti warna emas…..

4.Penggunaan Partikel atau kata penegas ‘lah’ dan ‘pun’ • Banyak mengguna partikel ‘pun’ dan ‘lah’ • Contoh; adapun, bertitahlah, berebutlah dsb • “Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya” (Sejarah Melayu hal 55) • Maka baginda pun memberi anugerah akan segala mereka itu, melainkan Tun Ali Hati juga yang tiada mau datang…… (SM hlm 207) • Hatta, berapa lamanya di jalan, maka sampailah ke Kuala Johor. (SM hlm 227)

5. Banyak memperlihatkan kosa kata bahasa Arab, Sanskrit dan klasik • Disebabkan pada waktu itu bahasa Sanskrit dan bahasa Arab kukuh bertapak di kepulauan Melayu justeru bahasa Melayu klasik banyak menerima pengaruh daripada kedua-dua bahasa ini. • Arab: Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim dll • Sanskrit: dosa, pahala, raja dll • Klasik: berahi (cinta), gharib (ganjil) ratna mutu manikam (batu permata) masygul (dukacita, sedih) ceritera (cerita) amarah (marah) dsb.

Zazh/UPM

Zazh/UPM

5

7

Zazh/UPM

Zazh/UPM

6

8

2

2/27/2017

• Menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’.(khamis, zakat, syarat…) • Unsur falsafah islam wujud dalam beberapa tulisan seperti dalam bidang ilmu kalam, tasawuf, ilmu aqaid, al iman dll. • Dalam konteks bahasa Melayu moden pula, pengaruh kedua-dua bahasa tersebut masih lagi wujud, terutamanya dari segi kosa katanya. Walau bagaimanapun, pengaruh bahasa Inggeris kini lebih dominan iaitu meliputi pelbagai aspek, seperti perbendaharaan kata umum, istilah, sistem morfologi dan struktur ayat. Zazh/UPM

9

7. penggunaan kiasan, perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi • Penggunaan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. • Terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. • Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.

Zazh/UPM

11

6. Bahasa istana • bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. • Contoh; ‘sembah, beta, titah, berangkat, gering dsb. • Hal in disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. • Keadaan ini berbeza dengan bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu moden lebih banyak memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu biasa, yang mempunyai pelbagai larasnya, sesuai dengan fungsinya sebagai bahasa ilmu.

Zazh/UPM

10

8. Morfologi • Penggunaan imbuhan • Awalan ‘mar’ dan ‘ni’ dalam BM Kuno digantikan dengan ‘ber’ dan ‘di’ • Contoh berlepas, diperbuat

Zazh/UPM

12

3

2/27/2017

• Contoh Lain - Bmk Pada Batu Bersurat Abad Ke-14 • Terdapat tiga batu bersurat yang penting: • a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India yang mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7. • b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India . Buat pertama kalinya terdapat penggunaan katakata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat • c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) ditulis dalam tulisan Jawi. Hal ini membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu ketika itu.

• Catatan pada Batu Bersurat tentang Kebudayaan Islam Batu bersurat yang menggunakan tulisan Arab berbentuk kufi: • Pekan, Pahang (1020M) • Wilayah Phanrang, Champa (1039M) • Bandar Seri Begawan, Brunei (1048M) Bahasa Arab dengan kaligrafi niski (popular di India pd pertengahan abad ke-13) • Batu nisan Sultan Malik al-Salleh (1297M)

Zazh/UPM

13

• Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul hasil kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Zazh/UPM

15

Zazh/UPM

14

• Bahasa Melayu klasik dalam bentuk tulisan mula pesat pada abad ke-14 dan seterusnya • Kegemilangan bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting: • Zaman kerajaan Melaka • Zaman kerajaan Acheh • Zaman kerajaan Johor-Riau • Antara tokoh-tokoh penulis zaman Acheh yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Zazh/UPM

16

4

2/27/2017

• Peranan BMK • Peranan kebudayaan – memperkembangkan kebudayaan Melayu Islam • Peranan kemasyarakatan- lambang jati diri bangsa dan alat penyatuan pelbagai suku bangsa/kaum • Peranan pendidikan – menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti agama, kesusasteraan dan perundangan. Juga sebagai alat menyampaikan pengajaran, panduan dan tatacara. • Peranan ekonomi- bahasa perdagangan (lingua franca) dan bahasa perantaraan antara para pedagang.

Zazh/UPM

17

Sekian, terima kasih

Zazh/UPM

18

5