BBM 3104 Kuliah 14 HIKAYAT HANG TUAH

5/9/2017    Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM   Hikayat Hang Tuah...

56 downloads 220 Views 643KB Size
5/9/2017







Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM





Hikayat Hang Tuah ini merupakan sebuah epik nasional (Ahmad Sarji, 2004). Sebuah karya epik yang menceritakan wira dan pahlawan sesuatu bangsa. Watak yang diceritakan dalam HHT menjadi wira dan lambang kepada keagungan sesebuah masyarakat sehingga menjadi sanjungan dan sumber inspirasi kepada masyarakatnya. watak dilukiskan Hang Tuah digambarkan begitu unggul sekali dari segi keperibadian, ketokohan, kepintaran, kegagahan ataupun kegagahan. Oleh itu, secara ringkasnya pemikiran dan idealisme yang diketengahkan oleh pengarang dalam HHT ini adalah keperwiraan tokoh Melayu feudal, iaitu Laksamana Hang Tuah

Zazh/UPM





Hikayat Hang Tuah memperlihatkan bangsa yang setia, bercita-cita, berkebolehan dan cara hidupnya mengikut suatu zaman Hikayat Hang Tuah juga mencakup segala pesanan dan gagasan yang harus direnung dan dicerna oleh bangsa Melayu khususnya seperti ungkapan semangat Melayu “Takkan Melayu hilang di dunia”.

Zazh/UPM

 



3

2

sebuah epik Melayu. Di dalamnya lahir cita-cita dan kebesaran bangsa Melayu. Ia telah mencatatkan riwayat hidup bangsa ini sejak awal melewati zaman pembangunannya ke zaman kebesarannya hingga nahasnya pada 24 Ogos 1511. Tokoh utamanya Hang Tuah, mewakili bangsa itu sendiri, cita-citanya, kebolehannya dan sikap hidupnya pada suatu zaman.

Zazh/UPM

4

1

5/9/2017







Edisi dalam tulisan Jawi dan rumi oleh W.G. Shellabear[1908] Edisi Balai Pustaka [1966]-pertama kali dikeluarkan pada tahun 1924 Edisi DBP oleh Kassim Ahmad 1964-Cetakan kedua 1966.

Zazh/UPM



  



5

Pengaruh Hindu mendesak pengarang Hikayat Hang Tuah menghubungkan raja dengan kayangan, iaitu satu lapisan alam yang difahami secara amat samara-samar dan tidak pernah dicakup secara konkrit tetapi amat bermakna untuk memberi ciriciri ketuhanan atau kesucian kepada raja. Mitos-mitos ini dipinjam untuk memberi satu kedudukan yang tinggi kepada raja.

Zazh/UPM

Zazh/UPM



7

Aspek Ketatanegaraan a. Ketatanegaraan Konsep Negeri Beraja Hikayat Hang Tuah, lebih menitik-beratkan konsep raja dan kerajaan; sistem pemerintahan; kecemerlangan dan kejatuhan kuasa politik. Gullick[1970] menyifatkan peristiwa itu sebagai tanda bermulanya sebuah sistem politik bumiputera.

6

Dalam Hikayat Hang Tuah, konsep negeri beraja merujuk kepada satu organisasi besar yang dipimpin oleh raja dengan dibantu oleh pembesar-pembesar dan menjalankan pemerintahan ke atas golongan rakyat sesebuah negeri atau jajahan takluknya.

Zazh/UPM

8

2

5/9/2017





Konsep kepimpinan dan keperwiraan boleh dilihat pada watak Hang Tuah yang mewakili pahlawan Melayu yang agung. Hang Tuah merupakan tunggak keagungan kerajaan Melaka selain daripada mahkota Siguntang. Dengan kata lain, Hang Tuah merupakan „ayam tambatan‟ kepada Raja Melaka.

Zazh/UPM







9

Raja yang memerintah dalam Hikayat Hang Tuah disebut sebagai sumber dan pusat kuasa secara sekular. Dengan kedudukan raja yang istimewa dalam sistem berkerajaan, sumber kuasa yang dimiliki oleh raja tadi, disalurkan pula bagi menggerakkan jentera serta teraju pemerintahan dan pentadbiran. Daulat yang dikonsepsikan di sini mungkin berbeza dengan daulat yang di fahamkan pada hari ini. Daulat pada hari ini merujuk kepada kerajaan yang memerintah serta negara yang diperintah.

Zazh/UPM

Zazh/UPM





11

Sistem politik Melaka menjadi model yang ideal untuk kerajaan-kerajaan Melayu Semenanjung yang muncul kemudian.

10

Hikayat Hang Tuah banyak menceritakan kebudayaan dan sosial masyarakat Melayu yang membawa satu pengertian yang luas merangkumi segala hal berkaitan dengan masyarakat termasuk sistem sosial, struktur sosial, bentuk kepercayaan, perhubungan antara anggota masyarakat dan strategi fikasi sosial, kepercayaan dan agama juga merupakan dua aspek sosial yang menjadi pegangan masyarakat. Masyarakat pada masa itu menganuti agama Islam dan mengamalkan dua bentuk kepercayaan [bukan agama] iaitu berunsurkan animisme dan Hindu-Buddha.

Zazh/UPM

12

3

5/9/2017



Maka kata Patih, “Mengapa maka anak Laksamana tiada mahu minum?” Maka kata Laksamana, “Adapun firasat orang bijaksana dan berani itu, apabila ada suatu tandanya gerakan-gerakan dirasainya, maka hendaklah barang sesuatu makanan dan minuman itu diunduri; kerana segala hulubalang yang bijaksana dan berani itu, apabila makanan khayal itu tiada harus dimakan dan minum, seolah-olah daripada khayal itu berani ia. Pada hari ini manira akan memandang senjata dan melihat darah juga.”

 

  

Zazh/UPM

 

13

Jenis Aksara Tulisan atau aksara dalam hikayat ini dipinjam daripada bahasa Arab. Kemudian ditambah dengan huruf-huruf baharu seperti pa[‫]ڤ‬,nga[‫]ڠ‬,ga[‫ ]ڬ‬dalam ejaan [pegawai] dan [pentang].

Zazh/UPM

Zazh/UPM

     

15

Unsur-unsur Mitos Mitos- suatu unsur dongeng atau kejadian luar biasa yang tidak dapat diterima logik akal tetapi diketengahkan sebagai suatu peristiwa yang benar-benar terjadi. Mitos asal keturunan raja Melaka Mitos yang berkaitan dengan pembukaan sesebuah negeri Mitos keistimewaan Hang Tuah

14

Menepati ciri bahasa Melayu klasik Penggunaan Puisi dan Ungkapan Berirama. Hang Jebat Hang Kasturi Budak2 Raja Melaka Jika hendak jangan dicuri Mari kita bertentang mata

Zazh/UPM

16

4

5/9/2017

      

Maka Laksamana pun memakai, Berserual kuning, Berkain kesumba murup di-antelas, Bertepi bersirat, Berikat pinggang chindai natar kuning, Berbaju hijau di-gangsa, Berdastar warna pelangi,

          

Zazh/UPM

Maka segala orang banyak itu pun jatuh bertimpa2; Ada yang jatoh tertiarap, Ada yang jatoh terduduk Ada yang patah kaki-nya, Ada yang patah tangan-nya, Ada yang patah pinggang-nya, Ada yang pehcah muka-nya, Ada yang pehcah hidong-nya, Ada yang pehcah dahi-nya, Ada yang luka, Ada yang mati.

17

Zazh/UPM

18

Pengaruh Bahasa Arab.

   



firasat, Allah Taala, istiadat, masyarakat, daulat, rakyat, salam, izin, akal, berkat, waktu, adat.

Ada yang mencari sambil melompat2, Ada yang menari sambil tertonggeng2, Ada yang menari sambil terkentot2, Ada yang tidak sempat pulang ka-rumah tertidor, Pada tempat minum itu.

Zazh/UPM

Pengaruh bahasa Parsi

nakhoda, syabas, pasar, lasykar, syah, saudagar, temasya, agar, bandar, kamar, takhta. dirgahayu, nobat, akhbar, bius dan lain-lain lagi.

Pengaruh Bahasa Portugis. lanchao yang bermakna sejenis perahu layar yang laju armada [halaman 85] gebernador [ halaman 42] yang bermaksud gabenor; serdadu yang bermaksud soldadu [halaman 429] di-mitar-nya yang bermaksud ditujunya (halaman 434)

19

Zazh/UPM

20

5

5/9/2017



  

Segala, sebagai,

 

Maka kata Bendahara pada isteri-nya‟ “Ayo (wahai) adinda, inilah anak tuan, Saudara Tun Mamat.”

 

 

Zazh/UPM



21

mahkota, singgahsana, pustaka, duta, bicara, bendahara, istimewa, ketika, saksi, bijaksana, kuasa, kata, ceritera, gembira, laksana, jati.

Zazh/UPM

Zazh/UPM





23

perajurit [halaman 26] yang membawa maksud pejuang atau askar upahan, pateh [halaman 39], iaitu penasihat utama kepada raja, rama andika, iaitu ayah tuanku, menira bermaksud saya, paman [halaman 45] iaitu bapa saudara sebelah emak atau dibahasakan juga kepada orang-orang lebih tua, kedayaan [halaman 46] bererti „pengiring‟, lawang [halaman 109] membawa maksud „pintu luar‟ dan lain-lain lagi.

22

“Enggang sama enggang, pipit sama pipit” [halaman 92]. puteh tulang tiada puteh mata!”

Zazh/UPM

24

6

5/9/2017

  



Maka dilihat Hang jebat itu seperti harimau yang galak tiada membilang akan lawannya „maka keris-nya bernyala2 seperti gunong api hendak membakar.‟ seperti api itu jika kecil dapat dipadamkan, dengan berbagai-bagai ia padam apabila ia besar sudah sukarlah kita memadamkan dia.” “Pada bicara hati patek, ada anak Betara Majapahit seorang, terlalu amat baik elok rupanya, warna mukanya seperti bulan purnama empat belas haribulan tubohnya seperti emas sepuluh mutu.

Zazh/UPM









25

Hikayat Hang Tuah adalah sebuah karya epik dipaparkan sebagai satu madah untuk menonjolkan jati diri Melayu. Jati diri Melayu disorot melalui watak Hang Tuah lima bersaudara dari segi fizikal, mental dan rohaniah. sesuai dengan falsafah pendidikan yang ingin membentuk individu yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek.

Zazh/UPM

“Wah! Sayangnya mahkota jatoh ka-dalam ayer!”



27

Zazh/UPM

26

Zazh/UPM

28

Sekian, terima kasih.

7