BBM 3104 Kuliah 1 Pengertian Bahasa Melayu Klasik

2/22/2017 BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah ...

13 downloads 257 Views 897KB Size
2/22/2017

BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik

Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang

Pengenalan Sejarah Bahasa Melayu telah bermula kira-kira 680 Masihi. Pada zaman itu telah didapati beberapa piagam yang tertera di dalam bahasa Melayu kuno. Piagam/batu bersurat dalam bahasa Melayu kuno; Piagam di Kedukan Bukit, Palembang - 683 Masihi Piagam di Talang Tuwo Palembang - 684 Masihi Piagam di Kota Kapur, Bangka - 686 Masihi. Piagam Karang Brahi , Jambi - 692 Masihi . Terdapat penggunaan bahasa Sanskrit, tulisan Palava pada atu bersurat di Kedukan Bukit. Di samping itu, piagam yang menggunakan bahasa Jawa Kuno dan ditulis dalm huruf Nagiri ialah piagam di Gandsuli, Jawa Tengah (832Masihi) .

Metodologi • Pengertian Bahasa Melayu Klasik • Ismail Hamid (1987:68) • Tulisan bahasa Melayu Kuno yang tercatat pada batu-batu bersurat menerangkan kepada kita bahawa bahasa Melayu ketika itu ialah bahasa Melayu Kuno. • artifak ini turut membuktikan bahawa bahasa Melayu terus berkembang. • Bahasa Melayu tidak statik tetapi satu bahasa yang dinamik dan sentiasa berkembang mengikut arus perkembangan zaman.

• Asmah Hj.Omar (1985:33), • “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik”. • Ismail Hussein (1984:24), “pembahagian bahasa dibuat atas pertimbangan sejarah, iaitu perkembangan bahasa Melayu iaitu dibahagikan mengikut  zaman politik (Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya),  pengaruh kebudayaan (Hindu, Islam, dan Barat) atau  mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin (Rumi).

1

2/22/2017

• Mengikut Zaman Politik • Zaman Srivijaya- yang berlatarbelakangkan masyarakat yang beragama Hindu dan Buddha, mereka menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya menggunakan kata-kata pinjaman Sanskrit. • Pada zaman Melaka, huruf Arab digunakan, masyarakatnya menganut agama Islam, kegiatan sastera berkembang dalam bahasa Melayu.

• Pengaruh Kebudayaan dan sistem tulisan • Pada Abad ke-13 - pengaruh agama Islam menjadi makin dominan di nusantara. Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya bahasa Arab. • Jika pada zaman Srivijaya, bahasa Sanskrit dan tulisan Palava dan Nagiri digunakan, tetapi pada zaman ini telah memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi. • Evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda.

Zaman Kerajaan Singahsari dan Majapahit • pengaruh bahasa Jawa semakin dominan tetapi tidak pula menghapuskan bahasa Melayu kerana sifatnya yang sederhana. Bahasa Melayu terus berfungsi dalam kerajaan dan perhubungan. Tambahan lagi, kerajaan Jambi terus memainkan peranannya walaupun menjadi taklukan Majapahit. • Nik Safiah et.al. (1994:11), pengaruh kesusasteraan dan kebudayaan Jawa dengan kekuasaan Majapahit ‘tidak dapat dinafikan’. Sastera Jawa dengan cerita-cerita panji tersebar luas di nusantara dan banyak antara cerita panji ini disadurkan ke dalam bahasa Melayu seperti Kuda Deraspati, Kelana Wira Asmara, Panji Jawa Perara dan lain-lain namun bahasa Melayu masih berkembang.

PERMULAAN ZAMAN BAHASA MELAYU KLASIK • Mengikut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu sesuai dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan mencatat tentang pengislaman Pasai. • Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik.

2

2/22/2017

• Rumusan: Zaman bahasa Melayu klasik

ditandai oleh kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi alat pemerintahan,perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama Islam. • Dengan kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab, Bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. • • •

Sebelum ini iaitu pada zaman bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu; a) tulisan Rencong dan Lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara. b) tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.

Perkembangan bahasa Melayu klasik

• Bermula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. • Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa Melayu. • tulisan Rumi mula digunakan dengan penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516 M setelah Melaka ditawan oleh Portugis, (Amat Juhari Moain 1992:1062). • Kemudian pada tahun 1521 seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan Rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.

Perbezaan kata BM Kuno dan BM Klasik – (https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Kuno)

• Kesimpulan

• Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14 hingga abad ke-19, dengan abad ke-13 sebagai zaman peralihan antara bahasa Melayu Kuno dengan bahasa Melayu klasik. • Bahasa Melayu klasik berperanan sebagai bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang (ketatanegaraan), agama, sejarah, perdagangan, dan perhubungan (budaya dan kemasyarakatan). • Kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. • Penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi karya yang ditulis dalam tulisan Jawi.

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu

wulan

bulan

nasyik

asyik

nayik

naik

mangalap

mengambil

mamava

membawa

saribu

seribu

dangan

dengan

vanakna

banyaknya

sukhacitta

sukacita

ko

ke

samvau

sampan

datam

datang

3

2/22/2017

Morfologi • Penggunaan awalan di- dalam Bahasa Melayu Moden sama dengan awalan ni- dalam Bahasa Melayu Kuno dan awalan diper- sama seperti

Awalan mar- menjadi ber• Awalan ber- dalam Bahasa Melayu moden hampir sama dengan awalan mar- dalam Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Kuno

nipar-. Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

marvanum

berbangun

marvuat

berbuat

marlapas

berlepas

nimakan

dimakan

niminumna

diminumnya

• Akhiran -na menjadi –nya

niparvuat

diperbuat



Akhiran -na yang digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno sama dengan -nya pada masa kini. Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu

vinina

bininya

vuahna

buahnya

Sekian, terima kasih

4