BAB 1

BAB 1: KEPENTINGAN KOMPUTER DALAM BIDANG KOMUNIKASI 1 Objektif: • Memahami peranan komputer dalam komunikasi manusia...

94 downloads 384 Views 701KB Size
BAB 1: KEPENTINGAN KOMPUTER DALAM BIDANG KOMUNIKASI

1

Objektif:

• Memahami peranan komputer dalam komunikasi manusia • Mengenalpasti definisi komputer dan teknologi maklumat dan komunikasi • Membezakan kategori komputer • Memahami sejarah ringkas perkembangan komputer

2

Komputer dalam Komunikasi Manusia Komunikasi manusia: “Proses pertukaran makna antara individu melalui sistem simbol yang dikongsi bersama” “Proses perkongsian dan penciptaan makna secara serentak melalui perlakuan simbolik manusia”

3

Teknologi (komputer): dicipta dan digunakan sebagai pemudahcara dalam proses komunikasi manusia - Memberi impak yang besar dalam kehidupan manusia: - Cara kita berhubung - Cara kita berkongsi makna - Cara kita mencipta makna - Cara kita bertukar makna - Cara kita menghantar dan menerima makna

4

KOMPUTER

• Komputer adalah satu mesin elektronik - Berfungsi berasaskan arahan yang disimpan dalam unit memori. - Boleh menerima dan manipulasi data mengikut peraturan tertentu. - Boleh menghasilkan output dan menyimpan output untuk kegunaan akan datang.

5

TEKNOLOGI

• Cara peralatan, bahan atau perisian untuk melakukan, membuat atau membina sesuatu. • Ia juga merupakan cara atau perkakas yang membuatkan kerja lebih mudah, selamat, jimat dan efisien. 6

TEKNOLOGI KOMUNIKASI

• Kaedah atau cara dan peralatan yang membuatkan proses atau aktiviti komunikasi itu lebih cepat, cekap, mudah dan berkesan. • Teknologi komunikasi merupakan alat perkakasan, struktur organisasi dan nilainilai sosial yang dialami oleh individu semasa mengumpul, memproses dan bertukar-tukar maklumat dengan individuindividu lain (Rogers, 1991).

7

TEKNOLOGI MAKLUMAT

• Kaedah, peralatan dan perisian yang terlibat dalam proses penjanaan maklumat, pengumpulan maklumat, pemprosesan maklumat, pengurusan maklumat, penyebaran maklumat dan penyimpanan maklumat. 8

THE GLOBAL VILLAGE

9

KATEGORI KOMPUTER

• Komputer dikategorikan berasaskan perbezaan saiz, kelajuan, keupayaan memproses dan harga. • Kategori Utama Komputer: 1) Komputer Mikro 2) Komputer Mini 3) Komputer Main-frame 4) Supercomputers 10

Komputer Mikro • Juga dikenali sebagai komputer peribadi (PC) adalah satu jenis komputer yang boleh melaksanakan kesemua aktiviti input, proses, output dan storan tersendiri. • Bersaiz kecil • Pertama kali diperkenal pd tahun 1970an

11

• Dua jenis PC yang popular: i. PC ii. Apple Macintosh • Dua kategori komputer i. Desktop. -…..Workstation -….. Pelayan ii. Notebook 12

Lain-lain: Komputer palmtop • Komputer palmtop/handheld/Pocket PC bersaiz kecil yang boleh diletakkan di atas tangan anda. • Boleh disambungkan ke PC untuk hantar maklumat. • Biasanya dibekalkan dengan stylus sebagai peranti input • Contoh: -Personal digital assistance (PDA) -Pocket PC

13

Komputer Mini • Pertama kali diperkenal pada 1960an. • Saiz sederhana • Juga dikenali sebagai pelayan mid-range • lebih berkuasa dan lebih besar daripada komputer peribadi/ workstation. • Ia boleh disambungkan kepada 4,000 komputer pada satu masa . 14

Komputer Mainframe • Mainframe merupakan komputer yang lebih besar, mahal dan berkuasa. • Boleh disambungkan kepada ratusan ribu pengguna pada sesuatu masa. • Boleh memproses sehingga jutaan arahan sesaat. • Boleh menyimpan jumlah data, arahan dan informasi yang banyak.

15

Supercomputer Supercomputer merupakan komputer yang terpantas dan berkuasa tertinggi. • Boleh memproses >12 trillion arahan sesaat • Pengeluar supercomputers – Cray Inc. – IBM •

16

17

GENERASI KOMPUTER

Generasi Pertama ( 1942 - 1959 )

• Ciri-ciri : - Menggunakan teknologi tiub hampagas. - Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik. - Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara. - Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.

18

• Contoh : Komputer digital elektronik pertama-AtanasoffBerry -Computer (ABC). ENIAC – komputer elektronik bersaiz besar dihasilkan oleh Mauchly dan Eckert. UNIVAC I - komputer elektronik digital komersil pertama oleh Remington Rand. IBM menghasilkan sistem komputer –– IBM model 650.

19

Generasi Kedua ( 1959 - 1964 ) • Ciri-ciri : - Menggunakan transistor menggantikan tiub hampagas. Tiub hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak. - Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain. - Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja. - Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik. - Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.

20

• Contoh : Jack Kilby(Texas Instruments) menghasilkan integrated circuit  Komputer generasi II – guna transistor Grace Hopper menghasilkan bahasa program COBOL 21

Generasi Ketiga ( 1964 - 1970 ) • Ciri-ciri : - Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon. - Atur cara lebih serasi. - Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa. - Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet. - Lebih kuat, utuh dan padat. - Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.

22

• Contoh Komputer Generasi III – guna cip. John Kemeny menghasilkan bahasa program BASIC.  Digital Equipment Corporation memperkenalkan komputer mini. Alan Shugart (IBM) memperkenalkan cakera floppy 8 Edsger Dijsktra memperkenalkan konsep structured programming

23

Generasi Keempat ( 1970 - 1990 ) • Ciri-ciri : - Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar ( Large-Scale Intergration ataupun LSI ). - Penggunaan mikropemprosesan pada satu serpihan. - Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan. - Pengenalan kepada cakera pada ingatan baca sahaja ( Compact Disc Read Only Memory ( CD ROM ) ). - Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar. 24

• Contoh : Komputer Generasi IV menggunakan cip LSI (Large-scale integration). Ted Hoff (Intel) membangunkan microprocessor – Intel 4004. Local Area Network (LAN) pertama telah dibangunkan di Xerox PARC oleh Robert Metcalf. Steve Jobs dan Steve Wozniak menghasilkan komputer Apple. 25

Generasi Kelima (sejak 1990 an) • Ciri-ciri : - Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia. -Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik. - Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak. - Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.

26

TUGASAN (10%)

A. Komputer dan Internet merupakan alat yang penting pada

• • • • •

masa kini. Kita menggunakannya dalam kelas, di tempat kerja, dan di rumah. Ada pihak yang bimbang ia akan menjadikan kita lupa untuk berhubung dengan orang lain kerana terlalu banyak masa kita “berhubung dengan komputer”. Fikirkan tentang komputer dan internet yang anda gunakan dalam kehidupan harian anda dan jawab soalan-soalan berikut: 1. Adakah anda (atau anda mengenali seseorang) mempunyai pengalaman dalam perhubungan maya? 2. Bagaimana hubungan tersebut berkembang? 3. Apakah peraturan atau nilai yang anda (atau orang tersebut) ikuti dalam membentuk perhubungan tersebut? 4. Apakah kebimbangan anda tentang jenis perhubungan (maya) ini? 5. Bagaimanakah komunikasi maya anda lebih mudah atau lebih sukar daripada komunikasi bersemuka dengan orangorang yang anda berhubung?

27

B. Jelaskan secara terperinci bagaimana komputer dan internet digunakan dalam kalangan ahli keluarga anda. • Format Jawapan: • Soalan A: Keseluruhan jawapan ditaip secara langkau dua baris dalam sekurang-kurang 5 muka surat kertas A4. • Soalan B: Dijawab dalam lingkungan 5-10 muka surat kertas A4 bertaip langkau dua baris.

28