Artikel Jurnal Pemerkasaan Jawi

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi Hashim Hj Musa dan Adi Yasran Abdul Aziz ABSTRAK Sesu...

5 downloads 432 Views 240KB Size
Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi Hashim Hj Musa dan Adi Yasran Abdul Aziz ABSTRAK Sesuatu bahasa dan bentuk tulisannya akan terus hidup dan berkembang bila terdapat satu masyarakat bahasa yang menggunakannya secara aktif dan terdapat sehimpunan persuratan yang mencatat khazanah ilmu pengetahuan dan kesusasteraannya untuk digunakan, disebar luas, dinikmati dan diwariskan kepada generasi seterusnya. Kini tulisan Rumi telah mendominasi tulisan bahasa Melayu kerana digunakan dalam semua bentuk persuratannya, iaitu sejak tahun 1963 apabila diisytiharkan sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu, dan sekali gus meminggirkan tulisan Jawi. Tulisan Jawi tidak lagi menjadi bahan pendidikan di sekolah, kecuali untuk segelintir pelajar di sekolah Arab/Agama Islam. Kini ramai anak bangsa kita tidak mahir lagi dalam tulisan Jawi, bahkan ada yang terus menjadi buta Jawi, kerana status dan fungsi tulisan Jawi sudah tidak lagi mempunyai sebarang makna. Kemahiran Jawi tidak membantu penguasaan sebarang ilmu atau memperoleh sebarang nilai tambah. Oleh itu, untuk mengembalikan kedudukan tinggi tulisan Jawi yang menjadi tulisan asli bahasa Melayu sejak hampir 1000 tahun, maka langkah-langkah yang berkaitan dengan pengayaan penggunaan tulisan Jawi dalam persuratan ilmiah, awam dan bahan-bahan pendidikan perlu dicari dan dikemukakan kepada badanbadan pelaksana pengajaran dan pengguna tulisan Jawi. Makalah ini akan cuba mengetengahkan beberapa langkah dan strategi ke arah pengisian keperluan ini. Satu daripadanya ialah menerbitkan kembali dalam bentuk terkini khazanah ilmu tradisional Melayu yang tercatat di atas ratusan manuskrip lamanya dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti teknologi persenjataan, perubatan tradisional, perkapalan, seni bina, dan lain-lain, selain daripada puisi dan kesusasteraan Melayu tradisional. Bahanbahan terbitan demikian boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar Jawi ataupun disebarluaskan untuk pembacaan umum. Kata Kunci: Tulisan Jawi, buku pendidikan, bacaan umum, pengajaran dan pembelajaran, persuratan Melayu.

159

Bab 9.pmd

159

10/6/2009, 3:46 PM

Jurnal ASWARA

Pengenalan Sebelum pengaruh tulisan Jawi terhakis dan akhirnya terluntur terus, umat Melayu di seluruh Kepulauan Melayu mengenali diri mereka sebagai “orang Jawi, bangsa Jawi, dari tanah Jawi dengan berbahasa Jawi yang bertulisan Jawi.” Oleh itu Jawi pada masa itu bukan setakat satu sistem tulisan tetapi sinonim dengan istilah Melayu, iaitu “orang Jawi” ialah orang Melayu, “bangsa Jawi” ialah bangsa / umat Melayu, “tanah Jawi” ialah negeri-negeri Melayu, “bahasa Jawi” ialah bahasa Melayu dan tentu sekali “tulisan Jawi” ialah tulisan Melayu. Oleh yang demikian tidak hairanlah bila Sultan Aceh menulis surat kepada seorang nakhoda Inggeris (kemungkinan Sir James Lancaster) pada tahun 1011 Hijriah (1602 Masihi) maka surat itu dinamakan “Jawi yang dipersembahkan kepada Kapten Inggeris itu,” iaitu surat dalam bahasa Jawi (maksudnya bahasa Melayu). Istilah Melayu atau Jawi merangkumi pelbagai suku bangsa dan etnik yang menduduki Kepulauan di Tenggara Asia termasuk Semenanjung Tanah Melayu. Yang menjadi elemen penyatuan dan kesepunyaan bagi seluruh rumpun Melayu daripada ratusan suku kaum dan etnik (Aceh, Minang, Batak, Mandailing, Jawa, Sunda, Madura, Ambon, Bali, Sasak, Bugis, Banjar, Iban, Kadazan, Murut, Dusun, Melanau, Suluk, Tausug, Meranau, dan lain-lain) tidak lain dan tidak bukan ialah bahasa Melayu yang bertulisan Jawi. Penggunaan tulisan Jawi mengimplikasikan mereka beragama Islam. Oleh itu bahasa Melayu dengan tulisan Jawi menandakan satu jati diri yang khusus bagi orang Melayu, iaitu: berbahasa Melayu, berbudaya Melayu yang diwarnai oleh agama Islam. Oleh itu sesiapa yang masuk Islam dianggap sebagai “masuk Melayu” dan bagi lelaki seharusnya mesti “berjawi” atau ‘bersunat” bila sampai umur baligh. Bila mubaligh Kristian barat datang mereka menterjemahkan kitab Injil ke dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi untuk mengkristiankan orang Melayu, dengan ini memecahkan identiti orang Melayu ini sekali gus memecahbelahkan perpaduan dan homogeniti seluruh kepulauan Melayu. Jati diri Melayu demikian berlangsung selama ratusan tahun, sehinggalah abad ke-20 apabila tulisan Jawi terhakis sedikit demi sedikit dengan kedatangan kuasa penjajah Barat dan terus luntur pada tahun 1963 apabila Akta Bahasa Kebangsaan mengisytiharkan tulisan rasmi bahasa Melayu ialah tulisan Rumi. Dengan demikian tulisan Jawi tidak lagi digunakan dalam pentadbiran dan media massa, dan juga dalam semua

160

Bab 9.pmd

160

10/6/2009, 3:46 PM

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

mata pelajaran termasuk mata pelajaran bahasa Melayu kecuali Pendidikan Islam. Seterusnya beberapa majalah dan akhbar yang diterbitkan dalam tulisan Jawi misalnya Majalah Dian, Majalah Mestika, Utusan Qiblat, dan lain-lain telah menukarkan sistem ejaan Jawi kepada ejaan Rumi, kecuali Utusan Melayu / Utusan Zaman yang meneruskan penerbitannya walaupun menanggung kerugian kerana pasaran yang mengecut akibat berkurangnya mereka yang celik Jawi, setelah bertahuntahun pengajaran tulisan Jawi diabaikan di sekolah. Apabila Syarikat Utusan Melayu di Malaysia mengumumkan bahawa akhbar Utusan Melayu bertulisan Jawi akan diberhentikan penerbitannya pada tahun 2006 (kemudian diterbitkan kembali sebagai sisipan akhbar Rumi Utusan Malaysia edisi hari Isnin), maka telah muncul satu macam ketakutan dan kebimbangan di kalangan orang Melayu. Apakah rasa takut dan bimbang itu? Ketakutan dan kebimbangan itu adalah tentang kemungkinan yang orang Melayu akan kehilangan satu daripada unsur jati diri mereka yang menjadi sebahagian sifat dan identiti mereka yang mewarnai bangsa Melayu selama hampir 1,000 tahun. Kehilangan satu elemen jati diri bangsa demikian sudah pasti akan menjejas maruah dan harga diri mereka sendiri, dan yang lebih serius lagi boleh membawa kepada kepupusannya.

Jawi Dihidupkan Kembali dan Implikasinya Pada tahun 1981, iaitu 18 tahun sesudah pelaksanaan dasar tulisan Rumi, Jawatankuasa Mengkaji Semula Penggunaan Bahasa Malaysia Kementerian Pendidikan telah mengesyorkan “supaya ejaan Jawi dikaji semula dan diperkemas dan dikeluarkan sebuah Daftar Ejaan RumiJawi dengan tujuan untuk digunakannya di sekolah.” Pada tahun 1983 Dewan Bahasa dan Pustaka telah menubuhkan Jawatankuasa Ejaan Jawi untuk mengemaskinikan sistem ejaan Jawi Za’ba dan mengajukan satu sistem tulisan Jawi bagi penggunaan Kementerian Pendidikan. Hasilnya ialah penerbitan buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan pada tahun 1986 (edisi kedua 1987, edisi ketiga 1993). Seterusnya Daftar Ejaan Rumi-Jawi dan Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu diterbitkan pada tahun 1996 (Cetakan Ketujuh 2002). Pada tahun 1992 Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan arahan supaya menggunakan sistem ejaan Jawi yang disempurnakan itu, iaitu:

161

Bab 9.pmd

161

10/6/2009, 3:46 PM

Jurnal ASWARA

“Mulai tarikh ini (22 Januari, 1992) Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (PEJYD) itu hendaklah digunakan di semua sekolah rendah, menengah, maktabmaktab perguruan, oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia serta dalam semua sektor dan masyarakat di seluruh negara.” (Sila lihat salinan surat di Lampiran 1)

Maktab Perguruan Islam (MPI) (kini Institut Perguruan Islam Malaysia (IPIM)) dan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan telah mempelopori gerakan penyebaran dan pemapanan tulisan Jawi dengan melatih para guru dalam kemahiran Jawi, memperkemas ejaan dan menulis buku-buku teks pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Langkah-langkah yang telah diambil oleh MPI sejak tahun 1984 setelah tulisan Jawi diperkenalkan kembali dalam sistem pendidikan Malaysia, termasuklah: 1. 2.

3. 4. 5.

mencipta lambang-lambang (abjad) yang sesuai dengan tulisan Jawi dan tidak menggunakan lambang Rumi, menetapkan sistem penggunaan baris di samping kaedah vokal dalam ejaan Jawi bagi membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an, menetapkan pola (wazn) bagi perkataan pinjaman daripada bahasa Arab yang digunakan secara meluas dalam bahasa Melayu, mengenal pasti formula atau kaedah pengajaran Jawi bagi memudahkan guru-guru pelatih mengguna dan mengajar Jawi, memberikan kursus seni khat untuk memperbaik mutu tulisan Jawi. (Mahmud et al., 1991)

Kementerian Pendidikan pada tahun 1992 telah memasukkan pelajaran Jawi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menekankan kemahiran membaca dan menulis Jawi. Satu Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) bagi tulisan Jawi telah dibentuk daripada tahun 1 hingga tahun 6. Satu semakan keduadua itu telah dibuat pada tahun 2000 untuk dilaksanakan pada tahun 2003. Pengajaran tulisan Jawi juga telah dimasukkan ke dalam program Jawi-Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) dalam tahun 2003 iaitu sebagai Kelas Jawi kepada murid-murid biasa dan kelas Pemulihan Jawi kepada yang tercicir Jawi, iaitu 2 waktu seminggu untuk 6 bulan pertama pada tahun 1, dan 1 waktu seminggu seterusnya. Sehingga kini (2009) program j-QAF telah berjalan selama 5 tahun, iaitu sehingga Darjah 5 sekolah rendah, dan beberapa buah buku pelajaran 162

Bab 9.pmd

162

10/6/2009, 3:46 PM

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

Jawi (buku teks, buku aktiviti oleh panel penulis telah diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka, selain daripada buku-buku pendidikan Islam yang telah diterbitkan sekian lama sama ada oleh Dewan Bahasa dan Pustaka atau lain-lain penerbit. Penulis-penulis yang lain juga telah menerbitkan buku-buku pelajaran Jawi dan yang paling produktif ialah Pak Matlob dengan 20 siri Bacaan Tambahan j-QAF dan siri Pandai Jawi Pandai Khat. Kebanyakan buku-buku ini merupakan buku-buku pengajaran Jawi atau buku panduan, latihan dan kemahiran Jawi. Kekecualian ialah buku Siri Bacaan Tambahan j-QAF oleh Pak Matlob terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bertujuan untuk dijadikan sebagai bahan bacaan tambahan demi memahirkan murid dalam ejaan Jawi di samping menikmati isi kandungan yang terdiri daripada episod pendek yang ada hubungan dengan alam kanak-kanak. Namun buku-buku bacaan dalam tulisan Jawi untuk penikmatan dan apresiasi misalnya novel kanak-kanak, cerpen, puisi (syair, sajak, gurindam, pantun, dan lain-lain), sastera klasik dan cerita rakyat, alam sains dan teknologi dengan taraf penulisan yang sesuai dengan tahap murid-murid, perlu diperbanyakkan lagi demi melebarkan pilihan dan kerencamannya. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan bahan bacaan Jawi yang ada sekarang termasuklah buku teks KBSR Pelajaran Jawi bermula dari tahun satu hingga tiga (buku aktiviti) tahun empat hingga enam (buku teks), HSP KBSR: Pendidikan Islam tahun satu hingga tahun enam (dua jilid setiap peringkat), buku HSP Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM): Pendidikan Islam dari tingkatan satu hingga tingkatan lima, yang kesemuanya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu, terdapat juga buku-buku teks dan latihan yang menggunakan tulisan Jawi yang dikeluarkan oleh jabatan agama negeri untuk kegunaan di sekolah-sekolah agama dalam negeri tersebut seperti yang terdapat di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang. Selain buku teks terdapat juga buku latihan tambahan berdasarkan buku teks tersebut yang dikeluarkan oleh pelbagai penerbit. Berdasarkan tinjauan bahan bacaan yang terdapat di pasaran, buku latihan Jawi peringkat sekolah rendah adalah yang paling banyak. Antara penerbit yang telah menerbitkan buku latihan yang telah lengkap dari tahun 1 hingga 6 ialah ialah Sasbadi, Pelangi, Attarbiah, Cerdik Publications, dan Pustaka Ilmi. Di peringkat prasekolah pula terdapat beberapa penerbit yang menerbitkan buku latihan Jawi seperti Tadika Generasi Al-Quran Profesional, Tadika Sri Kancil Bestari, dan United Publishing House.

163

Bab 9.pmd

163

10/6/2009, 3:46 PM

Jurnal ASWARA

Bahan-bahan bacaan umum pula terdiri daripada buku agama, sastera dan majalah. Tinjauan di pasaran mendapati bahawa buku agamalah yang paling banyak. Antaranya ialah buku agama yang diterbitkan oleh JAKIM seperti Mastika Hadith (3 jilid), Bulugh alMaram (2 jilid), Riad al-Salihin (5 jilid), Terjemah Sahih Bukhari (5 jilid), buku agama yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Ajaran Sesat (Abdul Fatah Harun, 1994), Ulum al-Hadith (Buda @ Udah Mohsin, 1995), buku agama yang diterbitkan oleh Darulfikir seperti Panduan Tartil Al-Quran (3 siri) dan Buku Qawa’id alTaranum (Nik Jaafar), Panduan Tasrif (Ilyas Cek), buku agama dan kitab Jawi klasik yang diterbitkan semula oleh Khazanah Fathaniyah, dan beberapa penerbit yang lain. Buku bacaan sastera pula didapati amat terhad bilangannya. Hanya terdapat beberapa buah novel yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang masih beredar di pasaran seperti Hidayah 31 Ogos (Ghazali Ngah Azia, 1994), Duta Kecil (Jamiah Abu Bakar, 1994), Wira Anak Berjasa (Zaharah Nawawi, 1993), dan Rakit Batang Pisang (Sahul Hamid, 1989). Manakala satu-satunya majalah lama bertulisan Jawi yang masih bertahan di pasaran ialah majalah Pengasuh yang diterbitkan dua bulan sekali oleh Majlis Agama Islam Kelantan dan satu majalah baharu, Apa Dia yang diterbitkan oleh Synergymate Sdn. Bhd. Bagaimanapun, edaran kedua-duanya agak terhad. Namun sehingga kini tulisan Jawi hanya diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan bukannya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, atas penjelasan pihak Peguam Negara yang berbunyi: “Tidak ada percanggahan dari segi Perlembagaan menjadikan Jawi sebahagian daripada pelajaran Bahasa Malaysia dan memasukkannya dalam Sukatan Pelajaran. Juga tidak ada percanggahan undang-undang bagi Kementerian (Pendidikan) menyuruh sekolah mengajar pelajaran Jawi, tetapi adalah bercanggah dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963 memaksa penuntut-penuntut mempelajari Jawi sebahagian daripada (pelajaran) Bahasa Malaysia.” (‘Aishah Rabi`ah binti Muhammad Saleh, 2002)

Dengan berpandukan penjelasan pihak Peguam Negara itu, maka tulisan Jawi yang telah diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja bukannya dalam mata pelajaran bahasa Melayu, telah membawa beberapa implikasi yang serius, iaitu:

164

Bab 9.pmd

164

10/6/2009, 3:46 PM

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

1.

2.

Tulisan Jawi dikaitkan secara jelas dan khusus dengan agama Islam bukan dengan bahasa Melayu secara umum, oleh itu tidak sesuai digunakan di luar konteks agama Islam, misalnya bagi nama jalan, bangunan, bandar dan lain-lain (kejadian terbaru ialah bantahan parti pembangkang terhadap DBKL menamakan jalan-jalan dalam tulisan Jawi di Kuala Lumpur), Tulisan Jawi diajar untuk pelajar Islam bagi memahami agama Islam, dan pengajaran tulisan Jawi kepada pelajar bukan Islam dianggap memaksa mereka mempelajari agama Islam yang bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama bagi semua rakyat Malaysia seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia (Constitution of Malaysia 2009), iaitu: “…Article 3 1. Islam is the religion of the Federation but other religions may be practiced in peace and harmony... Article 12 3. No persons shall be required to receive instructions or take part in any ceremony or act of worship of a religion other than his own…”.

3.

Oleh sebab kurangnya bahan bertulis dalam tulisan Jawi yang berada di pasaran (selain daripada Utusan Melayu sisipan dalam Utusan Malaysia edisi hari Isnin dan buku-buku mata pelajaran Pendidikan Islam), maka kemahiran Jawi tidak dapat dibudayakan dalam masyarakat Malaysia, terutama sekali di kalangan belia dan generasi muda. Oleh yang demikian kemahiran itu tidak banyak nilai tambahan dan kegunaannya, menyebabkan kehilangan insentif untuk mempelajarinya dalam kalangan pelajar Melayu sendiri. Bagi pelajar bukan Melayu peluang dan insentif mempelajarinya langsung tidak ada.

Berdasarkan implikasi yang serius tentang P&P tulisan Jawi tersebut, maka tidak dapat dinafikan bahawa P&P Jawi kini sedang bergerak di dalam keadaan realiti yang senget dan tempang, iaitu seperti sebuah kereta yang bergerak di atas roda sebelah kanan sahaja, yang sebelah kiri statik, menyebabkan pergerakannya berputar di satu tempat sahaja, dan tidak maju ke mana-mana. Oleh yang demikian tidak hairanlah selepas belajar Jawi sekian lama melalui mata pelajaran Pendidikan Islam, ramai belia masih lagi mengalami keadaan “buta Jawi”, kerana tidak ada peluang untuk mempraktikkannya ataupun tidak banyak aplikasi dan penggunaannya dalam kehidupan seharian. 165

Bab 9.pmd

165

10/6/2009, 3:46 PM

Jurnal ASWARA

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi Daya usaha untuk memperkasakan kembali tulisan Jawi bergantung pada objektif dan matlamatnya. Untuk apa kita mahu memperkasakannya kembali? Siapakah kumpulan sasar yang kita mahu mahir dalam tulisan Jawi? Berikut ini dikemukakan beberapa pandangan dan cadangan dalam usaha memperkasa kembali Jawi: 1.

2.

3.

4.

Kita memperkasa kembali Jawi kerana Jawi ialah jati diri orang Melayu: bangsa Jawi ialah bangsa Melayu, tanah Jawi ialah tanah Melayu, bahasa Jawi ialah bahasa Melayu, tulisan Jawi ialah tulisan Melayu, yang menjadi sebahagian sifat dan identiti kita yang mewarnai bangsa Melayu selama hampir 1,000 tahun (seperti dalam ceraian 1 di atas); kehilangan satu elemen jati diri bangsa demikian sudah pasti akan menjejas maruah dan harga diri kita sendiri, dan yang lebih serius lagi boleh membawa kepada kepupusan kita sedikit demi sedikit Bagi orang Melayu Jawi ada kaitan secara langsung dengan pengajian al-Qur’an, al-Hadis dan kitab-kitab agama Islam; buta Jawi boleh menjejas secara serius kebolehan membaca al-Qur’an dan kitab-kitab Melayu lama mengenai agama Islam oleh ulamaulama tersohor Melayu seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, Nuruddin al-Raniri, Abdul Samad Falimbani, Muhammad Zain Jalaluddin Aceh, Muhammad Arshad al-Banjari, Daud al-Fathani, Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani, Ahmad Khatib Sambas, Tuan Tabal, dan lain-lain, yang kini sudah tidak diketahui lagi oleh generasi muda Melayu Oleh sebab Perlembagaan Malaysia tidak mengizinkan sesiapa pun menerima pengajaran agama selain daripada agamanya secara paksaan, maka jika kita hendak memperkenalkan tulisan Jawi sebagai tulisan bahasa Melayu kepada pemeluk agama lain, maka kita mesti mengadakan bahan bacaan dan bahan P&P yang berjenis umum, iaitu tidak terkhusus kepada pengajaran agama Islam, tetapi merangkumi pelbagai tema dan genre secara kreatif dan inovatif. Pembangunan bahan-bahan Jawi demikian juga akan memperkaya kepustakaan dan persuratan dalam tulisan Jawi yang sangat penting demi meningkatkan nilai, kegunaan, dan tarikan mempelajari dan menggunakannya. Langkah yang paling baik ialah memasukkan pembelajaran tulisan Jawi dalam subjek bahasa Melayu bukan setakat dalam subjek 166

Bab 9.pmd

166

10/6/2009, 3:46 PM

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

pendidikan Islam sahaja. Tulisan Jawi hendaklah dikaitkan dengan khazanah persuratan Melayu yang berjumlah beribu-ribu karya dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan misalnya falsafah dan pemikiran, kesusasteraan, kebudayaan, surat-menyurat, perubatan tradisional, teknologi perkapalan, persenjataan, perjalanan, pelbagai petua, jampi serapah, dan sebagainya. 5. Memperbanyak penerbitan khazanah persuratan Melayu dalam bidang-bidang yang disebutkan itu untuk menjadi bahan bacaan dan kajian semasa, dan disebarkan ke perpustakaan, sekolahsekolah, IPTA dan IPTS di seluruh negara, melalui publisiti dan hebahan pihak berkuasa dengan biaya badan-badan berkanun dan swasta sebagai tanggungjawab sosial dan negara bangsa. 6. Menerbitkan kembali akhbar Utusan Melayu tetapi diintegrasikan dengan Utusan Malaysia sebagai sisipan halaman tengahnya (ini telah dilaksanakan dengan berjayanya). Untuk menarik minat pembacaan hendaklah diterbitkan artikel dan bahan yang menarik terutama sekali daripada khazanah persuratan Melayu lama, mungkin pada permulaan keluarannya dilakukan transliterasi Ruminya dengan memasukkan panduan membaca dan menulis Jawi. 7. Mencetak kembali dalam format yang besar surat-surat emas rajaraja dan pembesar Melayu dan juga manuskrip Melayu lama yang mempunyai iluminasi yang menarik dan indah (bersekali dengan transliterasinya) dan disebarluaskan dengan publisiti besar-besaran untuk dijadikan gambar hiasan di bangunan-bangunan kerajaan, badan berkanun dan juga swasta, sebagai satu pelestarian warisan bangsa dan negara yang bernilai tinggi (lihat contoh manuskrip di Lampiran 2). 8. Memperbanyak lagi hasil karya lukisan seni khat kontemporari yang merakamkan selain al-Qur’an dan Hadis, juga kata-kata hikmat, syair, gurindam, pepatah dan peribahasa Melayu, tunjuk ajar Melayu, dan lain-lain untuk dijadikan hiasan di bangunan-bangunan yang tersebut di atas. 9. Membudayakan tulisan Jawi pada hari-hari kebesaran masyarakat Melayu, misalnya pada Hari Raya ‘Aidil Fitri, Hari Raya ‘Aidil Adha, Maulidur Rasul, Tahun Baru Hijrah, dan lain-lain dengan menuliskan hari-hari perayaan itu di atas sebarang kertas hiasan dan direntangkan di pintu rumah, bangunan, pejabat, masjid, surau dan lain-lain. 10. Mengadakan minggu tulisan Jawi di setiap sekolah, institusi pengajian tinggi dan sebagainya dengan mengadakan bengkel dan peraduan 167

Bab 9.pmd

167

10/6/2009, 3:46 PM

Jurnal ASWARA

tulisan Jawi dan seni khat, pameran seni tulisan Jawi dan seni khat, pameran surat-surat emas raja-raja, dokumen-dokumen sejarah yang penting misalnya perisytiharan kemerdekaan, manuskripmanuskrip karya agung Melayu, dan lain. 11. Menulis dalam tulisan Jawi pepatah, gurindam, syair, simpulan bahasa dan tunjuk ajar Melayu dalam seni khat dan iluminasi yang indah, untuk dijadikan bahan hiasan dan pameran di rumah, bangunan, pejabat-pejabat dan lain, demi menghayati warisan peradaban dan persuratan Melayu. 12. Mengadakan kerjasama yang erat untuk menggemburkan, menyubur dan mempromosikan tulisan Jawi dan seni khat dengan dunia Melayu yang lain, iaitu Brunei, Indonesia, Singapura, Thai Selatan, Vietnam, Kampuchea dan Filipina Selatan, yang masih ada warisan kitab-kitab Jawi dan manusia yang masih boleh menggunakan Jawi. Pada permulaannya dipamerkan khazanah Melayu Jawi dan seni khat yang indah dan menarik yang menjadi warisan 1000 tahun khazanah Melayu. Seterusnya diadakan persidangan, seminar dan bengkel antarabangsa untuk menghidupkan kembali minat dan keupayaan membudaya, memperkasa dan melestarikan Jawi di seluruh Dunia Melayu.

Jawi Sebagai Citra dan Jati Diri Bangsa Malaysia Satu-satunya milik asli negara bangsa Malaysia ialah bahasa Melayu dengan tulisan Jawi yang diciptanya sendiri yang berumur hampir 1,000 tahun, berbanding dengan tulisan Rumi yang kita gunakan kurang dari 50 tahun. Di Korea, Jepun dan China, bahasa Korea, Jepun dan China ialah milik negara bangsa masing-masing, dan setiap rakyat mereka untuk memasuki pengajian di Universiti mesti lulus bahasa mereka dengan tulisan mereka sendiri supaya dapat dikekalkan dan disemaikan jati diri, citra dan semangat patriotik dan cinta akan tanah air rakyat jelata mereka. Demikianlah juga kita bangsa Malaysia, jika kita berasa bangga dengan khazanah warisan bangsa kita dan mahu membina jati diri Malaysia yang tersendiri supaya dapat dibentuk citra asli negara bangsa Malaysia tersendiri demi perpaduan yang utuh di kalangan rakyat jelatanya, mengapa kita tidak terus menekankan polisi bahasa Melayu ini dan ditambahkan lagi dengan kemahiran tulisan Jawinya?

168

Bab 9.pmd

168

10/6/2009, 3:46 PM

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

Jikalau pada zaman penjajah dahulu, pegawai-pegawai penjajah dan pembesarnya bila berhubung dengan Raja-Raja dan pembesar Melayu, mereka menulis dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi, bahkan seorang ketua Paderi Kristian Werndly telah menterjemahkan Kitab Injil ke dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi, menunjukkan bahawa Jawi telah digunakan untuk tujuan selain daripada Islam. Apakah yang menghalang kita negara bangsa Malaysia mengkanunkan balik tulisan Jawi dalam Akta Pendidikan supaya diajar sebagai tulisan yang Melayu yang sebenar, di samping tulisan Rumi. Seperti yang dinyatakan di atas, tuduhan yang mengatakan bahawa dengan mempelajari Jawi maka pelajar-pelajar dipaksa masuk Islam, adalah tuduhan yang palsu dan penuh prasangka yang buruk. Bahkan semua pelajar yang menguasai tulisan Jawi tidak akan mengalami sebarang kerugian, malah mereka akan bernilai tinggi kerana dapat menimba secara langsung khazanah warisan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan yang turun-temurun sebuah tamadun besar di rantau Asia Tenggara iaitu tamadun Melayu. Di samping itu satu jati diri yang asli dan utuh dapat disemai dan dipupuk sebagai milik khusus negara bangsa Malaysia.

Kesimpulan Tulisan Jawi bukan sahaja penting sebagai satu warisan bangsa, malah ia merupakan citra dan jati diri bangsa Melayu itu sendiri. Memperkasakan tulisan Jawi bermakna memperkasakan bahasa dan bangsa Melayu itu sendiri di samping mempereratkan perpaduan antara kaum melalui wadah bahasa. Sebanyak 12 pandangan dan cadangan telah dikemukakan untuk memperkasakan tulisan Jawi, termasuklah melalui sistem pengajaran dan pembelajaran, iaitu dengan memasukkan pembelajaran tulisan Jawi dalam subjek bahasa Melayu dan bukan setakat dalam subjek pendidikan Islam sahaja. Pengajaran Jawi dalam subjek pendidikan Islam sahaja telah banyak memberikan kesan negatif kepada perkembangan tulisan Jawi seolah-olah tulisan Jawi hanya sesuai untuk agama dan umat Islam sahaja. Oleh itu, pandangan dan cadangan memperkasakan Jawi yang disuarakan dalam makalah ini diharap mendapat perhatian dan tindakan semua pihak khususnya pihak berwajib.

169

Bab 9.pmd

169

10/6/2009, 3:46 PM

Jurnal ASWARA

Bibliografi ‘Abdul Rahman Hj Abdullah (1990). Pemikiran Umat Islam di Nusantara. Kuala Lumpur: DBP. ‘Aisyah Rabi‘ah Muhammad Saleh (2002). “Pelaksanaan Jawi di Sekolah: Satu Penyelesaian,” kertas kerja sempena Mesyuarat Agung PENJAWIM 2002. Al-‘Attas, S. M. Naquib (1984). The Correct Date of the Terengganu Inscription, Kuala Lumpur: Muzium Negara. Al-‘Attas, S. M. Naquib (1969). Preliminary Statement on A General Theory of the Islamization of the Malay-Archipelago. Kuala Lumpur: DBP. Al-‘Attas, S. M. Naquib (1988). The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Translation of the `Aqa’id of al-Nasafi. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Amat Juhari Moain (1996). Sejarah Aksara Jawi. Kuala Lumpur: DBP. Bruinessen (1999). Kitab Kuning: Pesantren dan Tarekat. Bandung: Penerbit Mizan. Casparis, J. G. de (1980). “Ahmad Majnun Tombstone at Pengkalan Kempas”, JMBRAS, Vol. 53, Pt. 1, h. 1-12. Constitution of Malaysia (2009). (dalam talian) http://en.wikisource.org/ wiki/Constitution_of _Malaysia#Article_1. Daftar Ejaan Rumi-Jawi (2002). Kuala Lumpur: DBP. Hashim Hj Musa (2006). (Edisi Kedua: Siri Lestari Bahasa), Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: DBP. Hashim Hj Musa (1999). A Brief Survey on the Study of he Malay Sastera Kitab on Malay-Islamic Thought. Kuala Lumpur: APMUM. Hashim Hj Musa (2006). (Edisi Kedua: Siri Lestari Bahasa), Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: DBP. Ismail Dahaman & Mashoor bin Hj Ahmad (peny.) (2000). Pedoman Ejaan Jawi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: DBP. Mahayudin Hj Yahaya (1994). Naskhah Jawi: Sejarah dan Teks, Jil. 1. Kuala Lumpur: DBP. Mahmud Hj Shaari, Ahmad Hj Hasbullah, Faridah Hj Majid, Kertas kerja III, Konvensyen Tulisan Jawi 1991, Pusat Islam, hlm. 3. Matlob (2003). Pandai Jawi. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn Bhd.

170

Bab 9.pmd

170

10/6/2009, 3:46 PM

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

Mohd Nor Ngah (1980). “Some Writing of the Traditional Malay Muslim Scholars Found in Malaysia”, Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. Mohd Yusoff Hashim (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: DBP. Omar bin Awang (1985). “The Terengganu Inscription as the Earliest Known Evidence of the Finalisation of the Jawi Alphabet, Islamika III. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Othman Mohd Yatim & Abdul Halim Nasir (1990). Epigrafi Islam Terawal di Nusantara. Kuala Lumpur: DBP. Wan Mohd Shaghir Abdullah (1996). Koleksi Kertas Kerja Ilmiah Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah. Winstedt, R. O. (1977). A History of Classical Malay Literature. Kuala Lumpur: Oxford University Press. HASHIM HJ MUSA, (Prof. Dr.) Profesor Bahasa Melayu di Pusat Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel: [email protected] ADI YASRAN ABDUL AZIZ, (Dr.), pensyarah kanan di Pusat Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel: [email protected]

171

Bab 9.pmd

171

10/6/2009, 3:46 PM

Jurnal ASWARA

Lampiran 1 Salinan Surat Arahan Kementerian Pendidikan Malaysia

172

Bab 9.pmd

172

10/6/2009, 3:46 PM

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

Lampiran 2 Contoh Manuskrip

173

Bab 9.pmd

173

10/6/2009, 3:46 PM

Jurnal ASWARA

174

Bab 9.pmd

174

10/6/2009, 3:46 PM

Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi

175

Bab 9.pmd

175

10/6/2009, 3:46 PM