Artikel 4 KOM3305 ICT dan E kerajaan

E-KERAJAAN : ANALISIS KONSEP DAN PELAKSANAAN DI MALAYSIA Norshita Mat Nayan, Halimah Badioze Zaman, Tengku Mohammad Teng...

0 downloads 115 Views 206KB Size
E-KERAJAAN : ANALISIS KONSEP DAN PELAKSANAAN DI MALAYSIA Norshita Mat Nayan, Halimah Badioze Zaman, Tengku Mohammad Tengku Sembuk Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Malaya [email protected], Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected], [email protected] Abstrak Pelaksanaan e-kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam dipercayai dapat menambah baik mutu perkhidmatan awam agar lebih sempurna dan berkesan. Di samping itu, ia juga dilihat dapat mewujudkan satu saluran baru bagi meningkatkan penyertaan secara langsung rakyat dalam penggubalan dasar-dasar awam selaras dengan harapan pendukung sistem demokrasi yang berpaksikan kepentingan rakyat. Oleh hal demikian, e-kerajaan dianggap sebagai langkah pertama untuk memperkukuhkan pembentukan masyarakat madani (civil society) melalui ICT. Justeru itu, makalah ini akan cuba menganalisis makna konsep kerajaan elektronik, aplikasi yang terlibat dalam e-kerajaan serta perlaksanaannya di dalam masyarakat. Walaupun konsep aplikasi e-kerajaan ini masih di peringkat awal penerimaan rakyat Malaysia, namun perlaksanaannya dapat dihuraikan dengan jelas. Beberapa sistem di bawah e-kerajaan yang melibatkan pengguna pelbagai peringkat akan dibahaskan. Selain itu, kertas kerja ini juga akan melihat secara mendalam fungsi sistem yang berada di bawah flagship kerajaan Malaysia, peranan dan kepentingan serta penilaian pengguna umum dan pengguna dalaman kerajaan elektronik dalam membantu membaik pulih perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat. Masyarakat kini bukan sahaja mendambakan perkhidmatan yang berkesan dan mudah, malahan lebih cepat dan pintar dalam segala urusan. Kehendak kepada kemajuan yang memerlukan transaksi dilakukan di hujung jari tanpa pembaziran masa dan tenaga merupakan permintaan utama masyarakat dan ini mungkin dapat direalisasikan oleh pembangunan sistem di bawah kerajaan elektronik. Kata kunci: E-kerajaan, Malaysia, Masyarakat madani, Flagship, Transaksi 1. Pengenalan Ke arah menuju sebuah negara maju, masyarakat kini memerlukan satu perkhidmatan yang berkesan, cepat, serta mudah. Segala urusan harian perlu dilaksanakan dalam konteks yang lebih efektif berkonsepkan maklumat di hujung jari. Semua ini boleh direalisasikan dengan satu mekanisme iaitu kerajaan elektronik. Kerajaan elektronik merupakan satu perancangan untuk menuju ke arah negara maju yang berkonsepkan sistem pengurusan yang berinformasi sejajar dengan pembentukan dan objektif Wawasan 2020 yang telah dilancarkan pada bulan Ogos tahun 1996. Pembinaan sebuah negara maju akan menjadikan teknologi maklumat (ICT) sebagai salah satu nadi pembangunannya. Justeru, pelancaran projek mega negara seperti Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1996 telah dijadikan batu loncatan bagi merealisasikan impian melahirkan sebuah negara dan masyarakat yang bermaklumat. Antara misi utama pelancaran MSC ini adalah pembangunan kerajaan elektronik. Selain daripada itu, objektif utama MSC juga adalah untuk mencapai Wawasan 2020 dengan merancang pertumbuhan produktiviti. Untuk melonjakkan negara Malaysia sebagai pemimpin dalam era maklumat dengan menarik dan membangunkan syarikat bertaraf dunia melalui perkongsian pintar (smart partnerships). Selain daripada itu objektif MSC yang lain juga adalah untuk membangunkan jabatan global di antara Malaysia dan bandaraya pintar bagi kepentingan bersama atau dalam istilah lain adalah global bridges. Dalam gagasan aplikasi perdana MSC

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

248

merangkumi aplikasi kad pintar pelbagai guna, sekolah bestari, tele perubatan, pembangunan keusahawanan dan juga sudah pasti termasuk pembangunan aplikasi kerajaan elektronik seperti yang diringkaskan dalam jadual di bawah: Jadual 1: Aplikasi Perdana MSC APLIKASI PENERANGAN Kad pelbagai guna Dikenali sebagai mykad, berfungsi: o Kad pengenalan o Lesen memandu o Maklumat o Maklumat kesihatan o Touch N Go o MEPS o ATM Sekolah bestari Kemudahan internet, makmal komputer dan kurikulum baru bagi pembangunan aplikasi pembelajaran Teleperubatan Perkhidmatan maya untuk pesakit Pembangunan keusahawanan Pembangunan IKS, menawarkan khidmat nasihat, bantuan kewangan, infrastruktur dan pasaran Kerajaan elektronik Jabatan kerajaan akan berfungsi secara atas talian. Sumber: MAMPU Oleh itu, makalah ini akan membincangkan tentang aplikasi kerajaan elektronik di bahagian dua dan fungsi aplikasi tersebut serta penggunaannya di bahagian seterusnya. Penilaian kepada aplikasi kerajaan elektronik yang dibangunkan dan digunakan oleh pengguna akan dibincangkan di bahagian empat dan kesimpulan kepada kajian ini di akhir perbincangan. 2. Kerajaan elektronik Penawaran perkhidmatan yang baik dan berkesan sentiasa dituntut oleh masyarakat yang terdedah dengan arus globalisasi. Kerajaan sentiasa berusaha untuk memenuhi permintaan dan memperkenalkan kaedah baru atau memperbaiki mekanisme yang sedia ada dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. Kepentingan sistem penyampaian dasar yang berkesan telah menarik perhatian kerajaan dan merupakan salah satu strategi utama dalam merangsang ekonomi negara. Mengikut definisi Jaeger, P.T dan Thompson, K.M. 2003, kerajaan elektronik atau electronic government (EG) ditakrifkan sebagai pengguna sistem maklumat dan penggunaan teknologi untuk mengambil alih tugasan manual. Kerajaan elektronik juga melibatkan hubungan di antara kerajaan dengan kerajaan, kerajaan dengan masyarakat dan kerajaan dengan perniagaan (Mary Maureen Brown. 2003). Selain daripada itu, mengikut definisi laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu menyatakan kerajaan elektronik adalah penggunaan Internet dan jaringan sedunia untuk penghantaran maklumat dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Definisi yang lebih umum kerajaan elektronik adalah penghantaran dan pentadbiran produk kerajaan melalui infrastruktur teknologi maklumat (Mohd Abkari dan Mokhtar, 2006). Komponen yang terlibat dalam EG mengikut definisi tersebut adalah pemaju, produk dan juga pengguna EG. Dalam proses pelaksanaan EG kerajaan telah mempunyai visi terhadap sasaran yang perlu dicapai, pihak yang terlibat dan

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

249

langkah-langkah yang perlu diambil. Kesemua ini merupakan rangka kerja utama EG. Seperti yang telah dinyatakan di atas EG melibatkan 3 komuniti utama iaitu kerajaan, perniagaan dan masyarakat atau dalam erti kata lain hubungan antara komponen G2G (government to government), G2B (government to business) dan G2C (government to citizen). Pembangunan EG adalah melalui pemberian sumber (outsourcing) kepada pihak swasta dengan pemantauan dan pelaksanaan oleh pihak kerajaan. Pendekatan pelaksanaan EG adalah pendekatan bersepadu dalam melaksanakan program secara besar-besaran. Kaedah pemberian projek EG juga adalah berdasarkan tender dan sebut harga, pembukaan kertas cadangan(RFP) dan juga konsep permintaan cadangan (CRFP) (Mohd Abkari dan Mokhtar, 2006). Kerajaan elektronik adalah satu projek yang berpandangan jauh yang bertujuan untuk mencorakkan pentadbiran kerajaan melalui kaedah aplikasi teknologi maklumat atas talian. Di peringkat awal EG hanya 7 aplikasi yang terlibat sebagai peneraju utama iaitu Persekitaran Pejabat generik (GOE), Sistem Pemantauan Projek (PMS), E-Perolehan(EP), E-Khidmat dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS), Bursa Buruh Elektronik (ELX) dan juga E-Syariah. Daripada 7 aplikasi tersebut 3 aplikasi khusus untuk kegunaan sektor kerajaan iaitu GOE, HRMIS dan PMS. ELX disasarkan untuk perniagaan dan rakyat, E-syariah untuk semua kumpulan, E-service untuk masyarakat dan EP untuk perniagaan. Kesemua aplikasi dan fungsi sistem tersebut akan dibincangkan di bahagian seterusnya. 3. Aplikasi dan fungsi sistem kerajaan elektronik Projek kerajaan elektronik bermula apabila kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia. Dalam tempoh 10 tahun dari pelancaran pelbagai perubahan dapat dilihat dalam jabatan dan agensi kerajaan terutama yang melibatkan perkhidmatan kaunter dan orang ramai. Sehingga kini penambahbaikan terus dijalankan sejajar dengan keperluan semasa yang menuntut kepada kecepatan dan kepantasan masa. EG dibangunkan untuk mengubah cara operasi dalam kerajaan dan kaedah untuk menyalurkan perkhidmatan elektronik kepada rakyat. EG dibangunkan mengikut fasa yang telah ditetapkan. Dalam fasa 1, tumpuan diberi kepada proses dalaman agensi dengan tujuan untuk melicinkan dan meningkatkan keupayaan. Kecekapan dan keberkesanan agensi dalam menyediakan perkhidmatan. Fasa yang ke-2 ada penumpuan terhadap usaha untuk meningkatkan pencapaian kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan kepada orang ramai serta ahli perniagaan melalui pelbagai saluran elektronik (Ismail Hashim, 1998). Apabila kerajaan melancarkan projek MSC, secara tidak langsung negara akan didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat dan multimedia dalam kebanyakan urusan khususnya dalam projek kerajaan elektronik. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) adalah perbadanan yang dipertanggungjawabkan mengetuai dan memastikan perlaksanaan projek ICT negara berjalan dengan lancar. Konsep kerajaan elektronik bertujuan untuk memudahkan pengurusan di samping dapat menambah baik hubungan dan keselesaan di antara kerajaan, masyarakat dan perniagaan. Ini akan dapat menjadikan aliran maklumat dapat diperbaiki bagi meningkatkan kualiti pembangunan, penyelarasan dan perlaksanaan polisi kerajaan. Antara objektif utama kerajaan elektronik adalah untuk mendefinisikan semula hubungan antara kerajaan, rakyat dan entiti perniagaan (Mohd Rais Abdul Karim dan Nazariah Mohd Khalid, 2003). Oleh itu dengan perlaksanaan projek kerajaan elektronik ini akan dapat membantu rakyat mendapat akses yang lebih meluas, selesa dan berkualiti pada harga yang lebih baik terhadap perkhidmatan kerajaan. Begitu juga dengan sektor swasta, di mana ia dapat meningkatkan perhubungan dan kepekaan terhadap sesuatu prosedur atau polisi di samping memudahkan lagi proses permohonan dan kelulusan. Objektif yang kedua pula adalah sebagai pemangkin kepada pembangunan MSC

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

250

melalui kerjasama yang lebih baik di antara sektor awam dan swasta (Mohd Rais Abdul Karim dan Nazariah Mohd Khalid, 2003). Ini bermaksud kerajaan perlu membuat analisa terhadap semua aspek sama ada dari segi penawaran perkhidmatan secara elektronik mahupun dari segi permintaan terhadap perkhidmatan tersebut dan juga penilaian terhadap penerimaan rakyat terhadap aspirasi ini. Slogan utama untuk menjadikan Malaysia sebagai kerajaan elektronik adalah cepat, mudah dan selesa dalam melicinkan sistem penyampaian kepada rakyat. Terdapat 7 aplikasi utama yang dibangunkan dalam projek e-kerajaan sebagai projek perintis iaitu Persekitaran Pejabat Generik (GOE), Sistem Pemantauan Projek (PMS), E-Perolehan(EP), E-Khidmat dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS), Bursa Buruh Elektronik (ELX) dan juga E-Syariah dihuraikan seperti di bawah: 3.1 Persekitaran Pejabat Generik (GOE) GOE merupakan satu sistem aplikasi yang berupaya membantu agensi kerajaan menguruskan dokumen dengan lebih efektif. Urusan-urusan berkenaan akan dikendalikan secara elektronik, beroperasi tanpa kertas dan berlandaskan komunikasi pantas. Antara fungsi sistem GOE adalah: a) penyediaan dan penyimpanan dokumen dengan lebih berkesan b) carian dan capaian dokumen dengan lebih cepat c) penggunaan dan perkongsian maklumat yang lebih efektif dan produktif d) setiap dokumen dikesan dan diuruskan dengan selamat 3.2 Sistem Pemantauan Projek (PMS) Sistem ini berperanan menyediakan satu mekanisme bagi membantu kementerian serta agensi di bawahnya untuk membuat pemantauan projek yang dibiayai oleh kerajaan. Sistem ini telah dilaksanakan kepada semua kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara hingga ke peringkat daerah. Sistem ini mempunyai pangkalan maklumat yang boleh membantu dalam penyediaan laporan dan proses membuat keputusan dengan sepat dan tepat. Antara funsi PMS adalah: a) mengesan dan memantau aliran kewangan projek yang diluluskan b) membantu dalam proses merancang dan proses membuat keputusan dengan cepat c) membuat analisis status pelaksanaan projek dan membuat jangkaan isu yang mungkin akan timbul d) mengurangkan tugas-tugas manual seperti mengisi borang, mengemas kini rekod, menghantar dokumen, mencetak dan sebagainya e) mempercepatkan kerja dan mengurangkan kegunaan kertas serta meningkatkan kemahiran IT 3.3 E-Perolehan(EP) Merupakan satu sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan barangan dan perkhidmatan kepada kerajaan melalui Internet. Ia merupakan satu sistem elektronik yang menghubungkan komuniti pembeli kerajaan dan penjual bersama-sama dalam persekitaran yang selamat dan terjamin. EP juga membolehkan para pembekal mendaftar dan memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet. 3.4 E-Khidmat

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

251

E-khidmat adalah satu aplikasi yang dibangunkan bertujuan memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan kerajaan melalui saluran elektronik termasuk kiosk, telefon dan Internet. Pada masa kini e-khidmat menawarkan perkhidmatan seperti berikut: a) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) i. bayaran saman dan perkhidmatan maklumat ii. perkhidmatan maklumat KEJARA iii. tempahan ujian teori komputer iv. pengeluaran lesen belajar memandu v. pembaharuan lesen memandu vi. pengeluaran notis bercetak tamat tempoh lesen memandu b) Polis Diraja Malaysia (PDRM) - Bayaran saman dan perkhidmatan maklumat c) Tenaga Nasional Berhad (TNB) - Bayaran bil elektrik dan perkhidmatan maklumat d) Telekom Malaysia Berhad (TM) – bayaran bil dan perkhidmatan maklumat e) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) – bayaran cukai taksiran dan kompaun f) Jabatan Insolvensi – carian status bankrap individu dan penggulungan syarikat 3.5 Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) HRMIS merupakan satu aplikasi yang dibangunkan bertujuan untuk memastikan pengurusan sumber manusia dalam perkhidmatan awam dapat menghasilkan kerja yang mahir, terlatih dan bermotivasi untuk menghadapi cabaran semasa terutama dalam merealisasikan ekonomi berasakan ilmu (k-ekonomi). HRMIS mengandungi 14 model pengurusan sumber manusia yang bersepadu iaitu: a) pengurusan rekod peribadi b) data perjawatan c) perolehan sumber manusia d) pengurusan prestasi dan kerjaya e) penilaian kompetensi f) pembangunan sumber manusia g) pengurusan komunikasi dan tatatertib h) penamatan perkhidmatan i) pengurusan saraan, faedah dan ganjaran j) formulasi dan penilaian strategi k) pangkalan ilmu, penerbitan web dan direktori kerajaan 3.6 Bursa Buruh Elektronik (ELX) ELX adalah satu sistem yang dikawalselia oleh Kementerian Sumber Manusia. Ia merupakan pusat pengumpulan maklumat pasaran buruh bagi membolehkan majikan dan pencari kerja berhubung menggunakan platform yang sama. ELX bertujuan untuk mengadakan proses pemadanan peluang pekerjaan di antara majikan dan pekerja secara menyeluruh. Selain daripada itu ia juga bertujuan untuk membantu dan menjaga kepentingan majikan dan pekerja dalam arus pembangunan negara. Majikan yang mendaftar dengan sistem ELX dapat menyenaraikan semua peluang pekerjaan yang diperlukan dan pencari kerja yang mendaftar juga boleh mendapatkan peluang mengetahui semua peluang pekerjaan yang ditawarkan. ELX juga menawarkan Sistem Penempatan Orang Kurang Upaya (SPOKU) dan dibuka kepada semua majikan dan orang awam. Pendaftaran boleh dibuat menggunakan sistem atas talian dan pengguna akan menikmati semua perkhidmatan yang ditawarkan.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

252

3.7 E-Syariah E-Syariah merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk menguruskan sistem pentadbiran institusi kehakiman Islam di semua negeri. Projek ini siap dibangunkan pada tahun 2006 dengan pelancaran aplikasi terakhirnya Sistem Pendaftaran Peguam Syarie (SPPS). Aplikasi e-syariah menawarkan maklumat di mana orang ramai boleh capai di portal e-syariah. Portal ini menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk membuat pendaftaran kes tanpa perlu ke mahkamah. Ia juga dapat mempercepatkan proses pendaftaran di kaunter mahkamah selain memudahkan orang ramai membuat pendaftaran kes. Antara kemudahan lain menerusi portal e-syariah ialah: a) pengiraan faraid b) rujukan enakmen dan ordinan negeri c) semakan kes dalam talian d) pendaftaran dan pembaharuan sijil peguam syarie e) pra pendaftaran kes jenayah 4. Penilaian e-kerajaan Penilaian terhadap e-kerajaan telah dibuat dengan pengedaran soalan kaji selidik kepada 70 orang responden. 35 orang mewakili pengguna dalaman sistem e-kerajaan, iaitu pengguna atau kakitangan kerajaan (internal user) yang terlibat secara langsung dengan aplikasi tersebut dan 35 orang lagi adalah pengguna umum (public user) iaitu masyarakat yang terlibat sebagai pengguna (end user) kepada aplikasi e-kerajaan yang dibangunkan. Penilaian adalah menggunakan aplikasi SPSS versi 16 dengan mengambil kira nilai min pada setiap konstruksi soalan kaji selidik dan juga nilai faktor analisis. 70 orang responden telah diambil dalam kajian pilot di mana mewakili 10% daripada data dalam kajian sebenar yang akan dijalankan iaitu 700 responden [8], di mana diwakili oleh 350 responden pada setiap kumpulan iaitu kumpulan pengguna umum (public user) dan juga pengguna dalaman (internal user). 4.1 Kebolehpercayaan instrumen Kebolehpercayaan instrumen adalah satu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item (William, 2000). Tujuan kajian rintis dibuat adalah untuk mendapatkan ketelusan data dari ujian percubaan melalui kumpulan kecil individu (Walter R., 1979). Tujuan lain adalah untuk menilai ketekalan (realibility) item dari aspek aras item, objektif item, kefahaman item, kebolehgunaan item dan arahan item itu sendiri (Gale H. Roid, 1982). Kaedah yang digunakan untuk menguji darjah kebolehpercayaan item adalah dengan menggunakan Internal consistency - prosedur Cronbach Alpha. Dalam kaedah penyelidikan sains sosial pentafsir pekali kebolehpercayaan yang boleh diterima adalah melebihi α = 0.6 (Mohd Zaimi Abdul Majid dan Mc Affer, 1997). Jadual di bawah menunjukkan nilai Cronbach Alpha pada setiap konstruksi soalan kaji selidik: Jadual 2: Nilai Cronbach Alpha untuk pengguna dalaman Bahagian Konstruk Nilai Cronbach Alpha A)1-5 Kepuasan pengguna 0.92 B)1-8 Kualiti sistem 0.91 C)1-10 Kualiti maklumat 0.96 D)1-5 Kegunaan sistem 0.94 E)1-11 Kualiti perkhidmatan 0.93

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

253

F)1-19 G)1-12 H)1-11

Konteks organisasi Proses pembangunan sistem Konteks teknikal sistem

0.98 0.94 0.95

Jadual 3: Nilai Cronbach Alpha untuk pengguna umum Bahagian Konstruk Nilai Cronbach Alpha A)1-5 Kepuasan pengguna 0.90 B)1-8 Kualiti sistem 0.96 C)1-10 Kualiti maklumat 0.97 D)1-5 Kegunaan sistem 0.91 E)1- 8 Kualiti perkhidmatan 0.93

4.2 Nilai min Untuk mengetahui hubungan dan penerima terhadap nilai pembolehubah dalam soalan kaji selidik ini maka nilai min diambil kira seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah: Jadual 4: Nilai min pengguna dalaman Penilaian Bil Item Purata Nilai Min Kepuasan pengguna 5 4.57 Kualiti sistem 8 4.60 Kualiti maklumat 10 4.44 Kegunaan sistem 5 4.71 Kualiti perkhidmatan 11 4.30 Konteks organisasi 19 4.42 Proses pembangunan sistem 12 4.63 Konteks teknikal sistem 11 4.84 Jadual 5: Nilai min pengguna umum Penilaian Bil Item Purata Nilai Min Kepuasan pengguna 5 5.37 Kualiti sistem 8 5.49 Kualiti maklumat 10 5.37 Kegunaan sistem 5 5.18 Kualiti perkhidmatan 8 4.80 Penilaian dibuat terhadap 7 aplikasi utama e-kerajaan seperti yang dibincangkan di atas. Dapat dilihat dalam Jadual 4, kesemua purata min bagi setiap konstruk adalah melebihi 4.0 di mana menunjukkan pengguna dalaman sistem e-kerajaan berpuas hati dengan kesemua 7 aplikasi sistem yang digunakan dan menyokong penggunaan dan pembangunan sistem tersebut. Nilai min di antara julat 4.5 hingga 5.0 adalah nilai terbaik (Mohd Zaimi Abdul Majid dan Mc Affer, 1997). Manakala, dalam Jadual 5 pula menunjukkan tahap penilaian mengikut persepsi pengguna umum. Jadual di atas menunjukkan kesemua konstruk mendapat purata nilai min melebihi 5.0 ke atas, dan hanya satu mendapat nilai 4.80 iaitu kualiti perkhidmatan. Ini menunjukkan pengguna umum yang menggunakan aplikasi e-kerajaan berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang ditawarkan dan menyokong penggunaan sistem tersebut dalam urusan harian.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

254

5. Kesimpulan Tujuan kerajaan elektronik diwujudkan adalah untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Selain daripada itu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan aktivitiaktiviti kerajaan ke tahap yang maksimum. Kerajaan elektronik dilihat mampu untuk memudahkan dan meningkatkan perkhidmatan sektor swasta dan kerajaan khususnya. Ini akan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju sekali gus dapat menjana ekonomi negara. Aplikasi kerajaan elektronik juga dapat menjimatkan kos seperti masa dan tenaga khususnya serta kos penggunaan kertas apabila konsep paperless diperkenalkan dan diaplikasikan sepenuhnya. Penilaian kepada sistem kerajaan elektronik juga dijalankan bagi melihat pandangan dan persepsi pengguna terhadap aplikasi kerajaan elektronik ini dengan mengambil kira nilai min pada setiap konstruk soalan kaji selidik. Data kajian pilot ini melibatkan 70 responden, di mana 35 mewakili pengguna umum sistem dan 35 lagi mewakili pengguna dalaman sistem iaitu kakitangan kerajaan yang terlibat secara langsung dalam aplikasi e-kerajaan. Nilai min yang diperoleh daripada kedua-dua kumpulan ini adalah melebihi 4.0 pada setiap konstruk, di mana menunjukkan pengguna setiap kumpulan menerima dan menggunakan aplikasi e-kerajaan ini dalam urusan mereka. Kajian mungkin dapat dijalankan terhadap responden yang lebih ramai untuk melihat sejauh mana aplikasi ekerajaan ini di terima oleh masyarakat di masa akan datang. Selain daripada itu, faktor kejayaan dan kegagalan sistem juga mungkin boleh dikaji untuk dijadikan garis panduan kepada aplikasi lain yang akan dibangunkan. Dengan itu ia akan memudahkan dan peratusan kegagalan projek IT secara umumnya mungkin dapat dikurangkan. Rujukan Abdul Majid, M.Z dan Mc Caffer. (1997). Non excusable delay in construction Loughborough: Phd thesis. Accenture. (2004). E-Government Leadership: Higher Performance in government. Accenture Report 2004. Ake Gronlund (2002). Electronic Government: Design, Applications and Management. Idea Group Publishing. Asgarkhani, M., (2003) A Strategic Framework for Electronic Government. Proceeding of the 22nd National IT Conference. Colombo, Sri Lanka. Barnes, J. S. and Vidgen, R.. (2003). Measuring Web site quality improvements: A Case Study of the forum on Strategic Management Knowledge Exchange. Industrial Management and Data Systems. 103/5, 2003, p297 – 309. Burn, J. and Robins, G. (2003). Moving towards e-government: A Case study of organizational change processes. Logistics Information Management. Vol.: 16, No: 1, 2003, p 25 –35. Caldow, J. (2001). Seven E-Government Leadership Milestones. Institute for Electronic Government, IBM Corporation. Detlor, B. and Finn, K. (2002). Towards a framework for government portal design: The Government, citizen and Portal perspective. Idea Group Publishing, Chapter VI. Gale H. Roid & Thomas M. Haladyna .(1982). A Technology for Test-Item Writing. New York : Harcourt Brace Jovonavich Publishers. Ismail Hashim. (1998). Penglibatan Awam dalam kerajaan elektronik. Utusan Pengguna. Julai , JIL 22 BIL 7, ms 12.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

255

Jabar, M. A., Selamat, H., Ghani, A. A. A., Ibrahim, H., Yusof, M. (2003). Qualitative Research: An Investigation into Methods and Concepts of Qualitative Research in Information System Research. Jaeger, P.T and Thompson, K.M. (2003). E-Government around the world: Lessons, challenges, and future directions. Government Information Quarterly Longford, G. (2001). Rethinking E-Government: Dilemmas of Public service, Citizenship and Democracy in the Digital Age, Canadian Political Science AAGM, May 27-29, 2001. MAMPU. (1997). Blueprint for electronic Government Implementation. MAMPU. (1997). Multimedia Super Corridor: Towards a Vision for a New Electronic Government in Malaysia. Mary Maureen Brown. (2003). Electronic Government. Encyclopedia of Public Administration and Public Policy, Marcel Dekker,2003.pp.427-432. Mohd Abkari Omar, Dr Mokhtar Mohd Yusof. (2006). Perlaksannan projek kerajaan elektronik –satu penilaian. Public Sector ICT Management Review. Vvol 1, no 1 Mohd Rais Abdul Karim and Nazariah Mohd Khalid. (2003). E-Government in Malaysia. Subang Jaya: Pelanduk Publications (M). Sdn. Bhd. Mohd-Yusof, M. (1996). Senior Executives Role in the Computer-Based Information System (CBIS) Implementation Process: The Case of Malaysian Government Agencies. Unpublished Ph.D Thesis, University of Salford, Salford, UK. Mooi, T.S., (2001) Strategies in Developing Electronic Government: Malaysia‘s Perspective, MAMPU. Muhammad Rais and Nazariah, (2003). E-Government in Malaysia. Pelanduk Publications. NJ: Prentice Hall. Omar, M. A., et al (2004), ―Implementing Electronic Government in Malaysia: An Impact Study on the Seven Flagship Applications ‖, Kuala Lumpur. The 2002 e-readiness rankings, The Economist, A white paper from the Economist Intelligent Unit, IBM Institute for Business Value, 2002. United Nation Report (2002). Benchmarking E-Government: A Global Perspective Assessing the UN member States: United Nations- DPEPA Utusan Malaysia. (2007). Kerajaan Elektronik. Rabu 25/4/2007. Walter R Borg & Meredith Damien Gall .(1979). Educational Research : An Introduction. 3rd Edition, New York, London : Longman. William Wiersma. (2000). Research in Education : An Introduction. Boston : Allyn and Bacon.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

256