7

Nota Kuliah BBM3202 Perbezaan Peringkat Analisis Fonetik dan Fonologi Fonetik Penghasilan bunyi bahasa Fonologi Siste...

101 downloads 193 Views 600KB Size
Nota Kuliah BBM3202

Perbezaan Peringkat Analisis Fonetik dan Fonologi Fonetik Penghasilan bunyi bahasa

Fonologi Sistem bunyi bahasa

Penciptaan simbol bunyi Pemenggalan bunyi bahasa Deskripsi bunyi bahasa Fitur distingtif

Inventori fonem Pelaksanaan rumus Perbezaan bunyi bahasa Fungsi bunyi bahasa

3-Sep-16

Adi Yasran, UPM

2

Peranan Fonologi Fonologi berperanan untuk menganalisis aspek berikut:  Pasangan minimal  Alofon  Kekangan urutan fonologi

 Kesejagatan fonologi  Pemerolehan Bahasa  Suprasegmental  Struktur suku kata

3-Sep-16

Adi Yasran, UPM

3

Pasangan Minimal  Pasangan minimal ialah pasangan dua kata yang

dibezakan maknanya oleh sepasang fitur distingtif sahaja.  Contoh: Pasangan [ba.gi] dan [pa.gi] yang dibezakan oleh ciri bersuara/tak bersuara, [b.na] dan [m.na] yang dibezakan oleh ciri oral/nasal.  Fitur distingtif dianggap sebagai unit terkecil nahu yang membezakan makna.  Oleh itu, fonem tidak lagi dianggap sebagai unit terkecil nahu yang membezakan makna. 3-Sep-16

Adi Yasran, UPM

4

Alofon  Alofon adalah unit bunyi lewah atau variasi fonetik

yang boleh diramal daripada posisinya dalam bentuk fonemik.  Misalnya, /kakak/ [ka.ka] menunjukkan bahawa [k] dan [] adalah alofon kepada fonem /k/.

3-Sep-16

Adi Yasran, UPM

5

Kekangan Urutan Fonologi  Urutan segmen bunyi konsonan dalam satu suku kata

tersusun mengikut kenyaringan yang sama atau menaik.  Hierarki kenyaringan segmen bunyi bahasa adalah seperti berikut:  Vokal > Likuida, geluncuran ([l r j w])> Nasal > Obstruen

([p b t d k  d t s h])

 Oleh itu, susunan skr seperti dlm [skru] dibenarkan

tetapi rks, rk, rs tidak dibenarkan.

3-Sep-16

Adi Yasran, UPM

6

Kesejagatan Fonologi  Kesejagatan fonologi bermaksud sesuatu sistem bunyi

yang terdapat dalam semua atau kebanyakan bahasa di dunia.  Oleh itu, ia juga dikatakan bersifat alamiah.  Contoh: Fonem vokal /i/ wujud dalam semua bahasa. Oleh itu, /i/  [e] spt /pilih/  [pileh] dikatakan bersifat sejagat/alamiah, manakala /e/  [i] tidak bersifat sejagat/alamiah.

3-Sep-16

Adi Yasran, UPM

7

Pemerolehan Bahasa  Pemerolehan bahasa kanak-kanak berlaku secara

berperingkat.  Kajian menunjukkan bahawa bunyi lelangit lembut diperoleh kemudian berbanding dengan bunyi gigigusi. Misalnya, ada kanak-kanak Inggeris yang menyebut ‘car’ sebagai [ta] kerana belum memperoleh bunyi /k/ untuk menyebut [ka].

3-Sep-16

Adi Yasran, UPM

8

Suprasegmental  Bunyi suprasegmental ialah bunyi yang melampaui batas segmen dan tidak boleh dipenggalkan.  Berikut ialah aspek bunyi suprasegmental:  tekanan  nada  intonasi

 kepanjangan  nasal 3-Sep-16

Adi Yasran, UPM

9

Struktur Suku Kata  Struktur suku kata penting dalam kajian fonologi

kerana fonem yang sama boleh menghasilkan bunyi yang berbeza pada kedudukan yang berlainan dalam suku kata.  Misalnya, fonem /k/ di awal suku kata bahasa Melayu akan disebut sebagai [k] tetapi jika berada di akhir sukunkata akan disebut [Ɂ] seperti dalam contoh /kakak/ yang disebut [ka.kaɁ].

3-Sep-16

Adi Yasran, UPM

10

Kesimpulan  Kajian fonetik adalah asas kepada kajian fonologi.  Kajian fonetik boleh berdiri sendiri, manakala kajian

fonologi memerlukan asas fonetik.

3-Sep-16

Adi Yasran, UPM

11