11

Nota Kuliah BBM3202 Kandungan  Pendahuluan  Sebutan Baku  Sebutan Standard (ala Johor-Riau)  Fonologi Generatif  ...

108 downloads 176 Views 1MB Size
Nota Kuliah BBM3202

Kandungan  Pendahuluan  Sebutan Baku  Sebutan Standard (ala Johor-Riau)  Fonologi Generatif  Proses Fonologi  Pembentukan Glotal  Pelemahan Vokal  Perendahan Vokal  Pengguguran Getaran  Pengajaran Sebutan  Kesimpulan

Pendahuluan  Perancangan pembakuan sebutan bagi bahasa Melayu

adalah salah satu objektif DBP, iaitu sebagaimana yang termaktub dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Disemak 1978; Pindaan dan Peluasan 1995).  Objektif yang dicatatkan sebagai tujuan Lembaga Pengelola DBP mengenai perkara ini [Seksyen 5(1)(iv)] ialah: “untuk membakukan ejaan dan sebutan dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;”

Pendahuluan  Matlamat pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah

untuk menyeragamkan sebutan dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.  Pelaksanaan penggunaan sebutan baku di sektor pendidikan di Malaysia bermula pada penggal dua tahun 1988.  Pelaksanaan ini adalah berdasarkan arahan “Pekeliling Ikhtisas Bil. II/1988: Pelaksanaan Penggunaan Sebutan Baku Ejaan Rumi Bahasa Malaysia di Sekolah-sekolah” yang bertarikh 2 April 1988 yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pendahuluan  Namun, tiada arahan rasmi daripada kerajaan supaya

dilaksanakan penggunaan sebutan baku di sektorsektor lain atau oleh orang ramai. Walau bagaimanapun, sektor kerajaan, swasta dan orang ramai digalakkan menggunakan sebutan baku dalam komunikasi lisan tertentu.  Masalah utama ialah kebiasaan sebutan lama yang sukar hendak diubah kepada cara menurut amalan dalam sistem pendidikan.  Pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu di seluruh negara dikatakan memerlukan masa yang lama.

Pendahuluan  Walau bagaimanapun, pada tahun 2000, Timbalan Perdana

Menteri pada waktu itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata: "Kita lihat pada waktu ini sebutan baku ini masih tak diterima tetapi yang popular dan diterima ialah sebutan bahasa yang lebih mirip sebutan Johor-Riau."  Kenyataan ini telah dikeluarkan selepas pemansuhan penggunaan sebutan baku diputuskan oleh mesyuarat Jemaah Menteri Malaysia pada tahun 2000.  Ekoran keputusan ini Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2000 untuk memaklumkan keputusan tersebut.

Sebutan Baku Bagi bahasa Melayu, sebutan baku ditakrifkan sebagai sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi. Urusan atau kegiatan yang ditakrifkan sebagai formal atau rasmi termasuklah yang berikut:  Pengajaran dan pembelajaran formal di institusi pendidikan

oleh pegawai pendidikan, pensyarah, guru dan pelajar.  Ucapan pada khalayak ramai, seperti pidato, ceramah, syarahan, perbahasan, forum, pengumuman dan kuliah.  Komunikasi rasmi dan perbincangan di sektor awam, seperti dalam mesyuarat rasmi, temu duga, wawancara dan ucapan dalam upacara rasmi.  Siaran melalui media elektronik (radio, televisyen dan filem), seperti pembacaan berita, penyampaian hebahan, ulasan dan pengacaraan sesuatu rancangan.

Sebutan Baku Dasar umum telah ditetapkan bahawa sebutan baku bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan ejaan, iaitu sebutan huruf, penyukuan suku kata, dan intonasi seperti berikut:  Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi (dan Jawi) hendaklah dilafazkan dengan jelas menurut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya.  Penyukuan suku kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan penyukuan suku kata dan bentuk kata sama ada kata dasar atau kata terbitan.  Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat dalam bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.

Sebutan Standard (ala Johor-Riau)  Sebelum dan selepas sebutan baku 1988 diperkenal,

sistem sebutan standard ala Johor-Riau (sebutan standard) telah dan masih digunakan dalam urusan rasmi secara meluas di Malaysia.  Rujukan utama sebutan standard ini ialah the Malay Sound System yang dikarang oleh M. Yunus Maris (1980).  Selain itu, sistem sebutan ini telah pun dapat dikesan dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal I: Permulaan Nahu Melayu yang ditulis oleh Za’ba (1965).

Sebutan Standard (ala Johor-Riau)  Za’ba (1965) menegaskan bahawa:

   

“Dalam tulisan Rumi Melayu undang-undang yang ‘am bagi ejaan segala perkataan ialah satu sahaja, iaitu hendaklah dieja mengikut bunyi”. Daripada prinsip inilah Za’ba mengeja puteh (putih), balek (balik), jatoh (jatuh) dan ketok (ketuk) yang sama dengan sebutan Johor-Riau tetapi berbeza dengan ejaan sekarang. Oleh sebab sebutan baku bahasa Melayu 1988 telah dimansuhkan, maka sebutan standard perlu diteruskan. Oleh itu, proses fonologi yang berlaku dalam sebutan standard perlu dijelaskan. Teori fonologi generatif dipilih untuk menjelaskan proses fonologi yang berlaku kerana teori ini boleh mencapai kepadaan penjelasan (explanatory adequacy).

Fonologi Generatif  Fonologi generatif (FG) adalah sebahagian daripada

teori transformasi generatif.  Dipopularkan pada tahun 1968 oleh Chomsky dan Halle melalui karya the Sound Pattern of English (SPE).  FG menganggap struktur bunyi sesuatu bahasa sebagai satu sistem rumus yang mencerminkan kecekapan fonologi penutur natif yang ideal.  FG membezakan data bunyi kata asli dengan bunyi kata pinjaman atau baharu kerana sistemnya yang berbeza.

Fonologi Generatif  Tujuan FG ialah menformalisasikan kecekapan fonologi intrinsik

(dalaman) seseorang penutur sebagai satu sistem rumus yang bertanggungjawab melahirkan representasi fonetik (luaran) daripada struktur permukaan sintaksis.  Hal ini berbeza dengan analisis struktural sebelum ini yang menganalisis struktur luaran sahaja.  FG juga beranggapan bahawa unit terkecil nahu yang membezakan makna bukan lagi fonem seperti dalam analisis struktural tetapi fitur distingtif.  Oleh itu, formalisasi rumus (rumus formal) dibina dengan menggunakan fitur distingtif. Bagaimanapun rumus segmen bunyi (rumus formulasi) juga digunakan bagi menjelaskan proses fonologi yang melibatkan satu segmen bunyi sahaja.

Proses Fonologi  Perubahan bunyi yang berlaku adalah disebabkan oleh proses fonologi

yang terdiri daripada proses:  Pengguguran  Perubahan  Penyisipan  Proses ini dinyatakan dengan menggunakan rumus fonologi yang lazimnya diformalisasikan menurut format: A  B / __ C.  A: Satu segmen bunyi dalaman atau fonemik.  : Direalisasikan sebagai.  B: Satu segmen bunyi luaran atau fonetik yang terbentuk hasil daripada proses fonologi yang berlaku.  __ : Tempat berlakunya proses fonologi tersebut.  C: Lingkungan yang menjadi syarat untuk rumus berkenaan beroperasi.

Proses Fonologi  Rumus ini dianggap sebagai rumus standard yang

menjadi asas kepada rumus-rumus yang lain.  Dalam sistem sebutan standard, terdapat beberapa proses fonologi yang berlaku yang perlu diberikan perhatian oleh pelajar asing dan pelajar yang bukan penutur natif, iaitu proses pembentukan glotal, pelemahan vokal, perendahan vokal dan pengguguran getaran.  Proses ini berlaku secara sistematik dan mudah diramal dengan menggunakan rumus fonologi generatif.

Pembentukan Glotal  Berikut

adalah data yang dapat menunjukkan proses pembentukan glotal yang berlaku dalam sebutan standard bahasa Melayu. /kakak/ [kaka] /petik/ [peti] /laksa/ [lasa] /seksa/ [sesa]  Data di atas menunjukkan bahawa hanya konsonan /k/ pada akhir suku kata tertutup sahaja yang membenarkan proses pembentukan glotal berlaku.  Oleh itu, rumus pembentukan glotal bahasa Melayu adalah seperti berikut: k / __ K]

Pelemahan Vokal  Bunyi vokal lemah dicirikan oleh kependekan masa sebutan

(shortness), kendur (laxness), tidak boleh menerima tekanan (unstressed) dan bunyi posisi tengah (central position).  Dalam bahasa Melayu, vokal schwa [] dianggap sebagai vokal lemah. Data berikut menggambarkan proses pelemahan vokal. /saja/ [saj] /bola/ [bola] /kata/ [kat] /wanita/ [wanita] /lupa/ [lup] /anda/ [anda]  Perubahan bunyi pada perkataan /saja/, /kata/ dan /lupa/ berlaku di akhir kata sahaja. Perubahan ini berlaku kerana mematuhi rumus pelemahan vokal yang diformulasikan seperti berikut: a   / __#

Pelemahan Vokal  Perkataan /bola/, /wanita/, dan /anda/ tidak mengalami

proses perubahan yang sama disebabkan faktor linguistik diakronik.  Kajian secara diakronik menunjukkan bahawa perkataan ini muncul kemudian sama ada melalui proses peminjaman seperti /bola/ dipinjam daripada bahasa Inggeris ball, /wanita/ dipinjam daripada bahasa Sanskrit atau melalui proses penciptaan kosa kata baharu seperti /anda/.  Oleh itu, penyebutan perkataan ini tidak menggambarkan kecekapan penutur natif yang ideal yang menjadi prinsip asas dalam teori fonologi generatif.

Perendahan vokal  Proses perendahan vokal berlaku apabila vokal tinggi

direalisasikan sebagai vokal tak tinggi [-tinggi].  Berikut ialah data yang menunjukkan proses ini berlaku: /bilik/ [bile]

/putih/ /buru/ /sajur/

[puteh] [buro] [sajo]

 Data di atas menunjukkan bahawa /i/ direalisasikan

sebagai [e] manakala /u/ direalisasikan sebagai [o] apabila berasa di suku kata akhir tertutup.

Perendahan vokal  Rumus perendahan vokal bahasa Melayu adalah

seperti berikut: +silabik -tinggi / __K#  +tinggi  belakang belakang  Rumus ini menunjukkan bahawa vokal depan tinggi /i/ akan direalisasikan sebagai vokal depan tak tinggi [e], manakala vokal belakang tinggi /u/ direalisasikan sebagai vokal belakang tak tinggi [o] di suku kata akhir tertutup, yang menunjukkan berlakunya proses perendahan vokal

Pengguguran Getaran  Berikut ialah data yang menggambarkan pengguguran

getaran dalam bahasa Melayu. /pasar/ [pasa] /ramai/ /pasir/ [pase] /kura/ /gugur/ [gugo] /trba/

[ramaj] [kura] [trba]

 Konsonan getaran /r/ yang digugurkan berada di akhir

kata, manakala /r/ yang tidak digugurkan berada pada posisi yang lain.

Pengguguran Getaran  Oleh itu, syarat lingkungan untuk membenarkan

proses pengguguran getaran /r/ berlaku ialah konsonan tersebut mestilah berada di akhir kata.  Berdasarkan syarat lingkungan ini, rumus formulasi bagi pengguguran getaran dalam dialek Johor-Riau adalah seperti berikut: r   / __#  Berdasarkan rumus ini perkataan /ramai/, /kura/, dan /terba/ tidak mengalami proses pengguguran getaran kerana tidak memenuhi syarat lingkungannya.

Pengajaran Sebutan Standard  Pengajaran sebutan standard bahasa Melayu kepada pelajar

yang bukan penutur natif Melayu atau asing boleh dilakukan dengan menggunakan dua strategi, iaitu sama ada: 1. Mengajarkan sistem sebutan dengan menggunakan rumus formal atau formulasi dalam fonologi generatif; atau 2. Mengajarkan sistem sebutan dengan menjelaskan rumus dalam bentuk ayat sahaja.  Strategi 1 lebih tinggi aras taksonomi kognitifnya, iaitu peringkat analisis, manakala strategi 2 hanya mencapai peringkat kefahaman tetapi memadai untuk penutur asing menguasai sebutan Melayu standard dengan baik.

Kesimpulan  Berdasarkan penjelasan di atas dapatlah disimpulkan

bahawa terdapat beberapa proses fonologi yang berlaku dalam bahasa Melayu standard (ala Johor-Riau), iaitu proses pembentukan glotal, pelemahan vokal, perendahan vokal dan pengguguran getaran.  Pengajaran sebutan bahasa Melayu standard kepada pelajar asing atau kepada pelajar yang bukan penutur natif bahasa Melayu lebih mudah dengan menggunakan pendekatan fonologi generatif.